05 October 2008

Sesak di Kg dan Tradisi Balik Kg

Salam Aidilfitri.
1. Bukan pelik lagi bila istilah sesak atau jem turut berlaku di kampung-kampung nun jauh dari kota atau bandar.
2. Sebaik sahaja tiba di Ajil, jalan menuju K Brang kelihatan sesak dengan kereta. Memang jalan ini merupakan jalan pilihan utama perantau dari Johor atau Pahang untuk balik ke Kelantan, Besut atau Setiu.
3. Perjalanan dari Kuantan melalui Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Pekan Ajil biasanya mengambil masa 2 jam sahaja berbanding melalui jalan pantai yang terpaksa melalui bandar Cukai, Kerteh, Kemasik, Dungun dan Marang. Tak terbilang lampu isyarat yang terpaksa dilalui jika memilih jalan pantai. Saya pernah memandu selama lebih 4 jam untuk sampai ke KT dari Kuantan!
4. Jika memilih Lebuh Raya Jerangau Jabor, hanya 3 lampu isyarat di K Brang yang ditempuhi.
5. Namun, dalam musim perayaan ini, perjalanan melebihi 2 jam 30 minit untuk tiba di K Brang.
6. Kesesakan bermula apabila memasuki Bandar K Brang hingga ke simpang Kg Gaong.
7. Di Kg kesesakan juga berlaku di lorong kecil.
8. Bayangkan jika satu keluarga mempunyai 8 orang anak yang berkerja, maka, 8 buah kereta pelbagai jenis memasuki lorong sempit yang hanya bolah memuatkan sebuah kereta sehala sahaja. Begitu juga dengan keluarga yang lain.
9. Kejayaan anak-anak yang berjaya dalam kerjaya masing-masing ini membolehkan mereka memiliki kereta.
10. Oleh itu, kg juga memerlukan perancangan jalinan jalan raya yang sesuai untuk menampung pertambahan kenderaan ini.
11. Kemeriahan aidil fitri memang amat terasa di kg.
12. semoga tradisi balik kampung berterusan sampai bila-bila. Tak kira besar mana pangkat anak-anak kampung, tetapi bila tiba aidilfitri berduyun-duyun mereka meredah lorong sempit untuk mengenang asal-usul mereka.

No comments: