Terkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana
TERpekik ditelinga
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena,
TErumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena.
Semoga dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
1. Demikian antara puluhan ucapan sms yang saya hantar kepada rakan-rakan pada hari raya lepas.
2.Lima tahun yang lalu, sejak awal puasa lagi, antara perkara wajib ialah membeli kad-kad raya. Jika terlambat hantar, pasti kad yang dihantar akan tiba di tangan penerima selepas hari raya.

3. Menjelang seminggu dua hari raya ternanti-nanti pula kedatangan posmen untuk menyerahkan kad-kad raya dari rakan-rakan atau saudara mara terutama yang jauh. Kad raya yang diterima akan digantung atau dipamerkan kepada tetamu yang berkunjung.
4. Kini,kad raya bukan lagi sebagai pengganti memohon kemaafan kepada rakan atau saudara mara. SMS telah menjadi pilihan. Murah dan cepat. Itu alasan untuk tidak lagi menggunakan kad raya.
5. Semuanya dihujung jari. Tak sampai seminit, ucapan selamat hari raya telah diterima lebih daripada seorang.
No comments:
Post a Comment