11 June 2023

Hidup senyap dan tenang...

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.

Orang tak ajak, kita diam sahaja.

Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja

Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.

Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri

Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.

Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita

Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.
Tanpa perlu sentap, x perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap.

Kehidupan senyap yang menenangkan. 
Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja.

Biar mengalah asal kita menang dalam diam.

Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa.

Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Orang tenang akan  menang.
 

03 August 2019

Cadangan Gimik Sambutan Kemerdekaan di Sekolah

http://www.cikgushare.com/2017/08/cadangan-gimik-dan-aktiviti-hari.html?m=1

21 January 2019

Mi goreng basah

https://www.rasa.my/cara-masak-mi-goreng-basah-paling-sedap/

05 September 2018

Pengurusan Kewangan 5 tahun pertama bekerja

Apa boleh anda lakukan dan yang perlu anda elakkan dalam 5 tahun pertama bekerjaya untuk bina kekayaan….

Kegagalan mengurus aliran tunai dengan betul merupakan antara faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kegagalan seseorang membina kewangan kukuh dan mengumpul aset untuk membina kekayaan.

Lima tahun pertama bekerja sebenarnya amat kritikal dalam pengurusan kewangan. Jika ia diurus dengan betul, kemungkinan untuk memiliki kedudukan kewangan yang kukuh lebih cerah, bagaimanapun jika tempoh itu diisi dengan hutang, maka jalan ke hadapan mungkin lebih sukar.

Biasanya kegagalan mengurus kewangan berkait rapat dengan masalah hutang, terutamanya disebabkan kad kredit, pinjaman peribadi dan kereta hingga menyebabkan seseorang itu gagal melabur.

Sebagai contoh, anak muda yang baru bekerja lebih gemar membeli kereta luar negara kerana prestij dan gaya, walaupun pembelian berkenaan menyebabkan aliran tunai mereka menjadi sempit dan habis begitu sahaja.

Ramai terlepas pandang bahawa apabila membeli kereta bukan hanya keupayaan membuat bayaran bulanan yang perlu difikirkan, tetapi juga bayaran lain seperti insurans dan cukai jalan, minyak, kos penyelenggaraan, kos kecemasan jika kemalangan dan pelbagai kos lain yang mungkin timbul akibat pembelian kereta berkenaan.

Katakan gaji kasar yang diterima ialah RM3,000 sebulan, dan komiment bulanan untuk kenderaan sahaja sudah mencapai antara RM900 hingga RM1,000, sudah pasti pengurusan aliran tunai seseorang itu sudah tidak stabil.

Selepas ditolak KWSP dan SOCSO, kemungkinan besar gaji bersih yang diterima ialah RM2,500 dan selepas ditolak bayaran ansuran kenderaan sebanyak RM900, gaji yang berbaki ialah RM1,600.

Baki RM1,600 ini mungkin kelihatan besar, tetapi masukkan pula sewa untuk rumah, duit untuk ibubapa, minyak kereta, keperluan sara hidup, hiburan dan pelbagai perkara lain, berapa agaknya yang tinggal untuk dilaburkan?

Tidak dapat tidak, individu ini akhirnya menjadikan pelaburan sebagai pilihan terakhir dalam urusan pengurusan wang mereka, dan mungkin hanya akan melabur apabila ada lebihan.

Amat malang sekali kerana gaya hidup seperti inilah yang sering berlaku kebelakangan ini, menyebabkan ramai anak muda muflis sedangkan mereka baru mula membina kehidupan.

Jika seseorang itu mempunyai terlalu banyak hutang, aliran tunainya tidak akan stabil dan ini menyebabkan dia tidak mempunyai lebihan untuk melabur, dan mungkin terpaksa mengikat perut untuk membiayai kos sara hidup.

Perlu diingat, hutang yang gagal dibayar pula akan terus berkembang berikutan penalti yang dikenakan pemberi pinjaman.

Justeru, dalam lima tahun pertama bekerjaya elakkan daripada membina hutang, sebaliknya tumpukan kepada usaha untuk membina tabungan dengan melabur.

Sekiranya anda belum berumahtangga dan tidak mempunyai banyak komitmen, tetapkanlah 5-10 peratus daripada gaji untuk melabur. Katakan gaji yang diterima ialah RM3,000, melaburlah antara RM150-RM300 setiap bulan.

Jika melabur RM300 setiap bulan dan menerima pulangan purata tahunan 7%, jumlah pelaburan yang boleh dikumpul ialah RM21,477. Banyak bukan?

Jumlah yang terkumpul itu boleh digunakan untuk membiayai majlis perkahwinan, membayar deposit rumah atau kereta dan sebagainya.

Jika ada kemampuan, teruskan pelaburan berkenaan selagi mampu, atau lebih baik tambahkannya setiap kali gaji meningkat.

Tidak salah untuk meminjam, malahan ada yang menggunakan kaedah meminjam untuk melabur untuk mengambil kesempatan daripada pengiraan pulangan pelaburan berdasarkan pelaburan sekaligus, berbanding pelaburan bulanan.

Namun jika mengambil pinjaman di luar kemampuan, ia pastinya menjerat diri sendiri hingga menyebabkan kita berasa tertekan dengan kehidupan.

Apapun, perkara paling penting untuk dititik beratkan apabila membuat pinjaman ialan keupayaan untuk membayar ansuran bulanan dan pada masa yang sama kita tetap mempunyai wang lebihan untuk melabur.

Ini kerana pelaburan dan pinjaman yang diseimbangkan menerusi kaedah pengurusan aliran tunai yang berkesan, akan membolehkan kita mencapai kemerdekaan kewangan untuk kehidupan yang selesa, bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga.