- “Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik,” kata Pegawai Farmasi Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Sazaroni Md. Rashid.
- Dalam industri penyediaan polimer untuk mengeluarkan pelbagai rangkaian produk seperti fabrik, gam, barangan peralatan rumah dan perencat api misalnya, melamin digunakan secara meluas.
- Melamin juga merupakan sejenis bahan kimia yang berupaya meningkatkan jumlah penghasilan produk.Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna.Pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein. Cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu.
- Malah sebelum skandal susu di China dikupas sedalam-dalamnya baru-baru ini, melamin telah menjadi satu isu perdebatan pada awal tahun 2007.Perdebatan itu berlaku apabila para saintis dan doktor haiwan berusaha mengesahkan melamin bertanggungjawab meragut ratusan nyawa binatang peliharaan akibat pencemaran makanan haiwan.
- Biar pun begitu, melamin adalah bahan yang selamat. Syaratnya, jika pengambilan melamin tidak melebihi satu sukatan tertentu.
- Garis panduan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menyatakan melamin yang dibenarkan adalah 0.63 miligram (mg) bagi setiap kilogram badan untuk setiap hari.Jadi, melamin tidak toksik dalam kuantiti yang sedikit.
- susu keluaran New Zealand (NZ) sebenarnya juga mengandungi kandungan melamin tetapi pada kuantiti tidak berbahaya. Kementerian Kesihatan NZ telah menetapkan had maksimum satu mg melamin sahaja bagi setiap satu gram susu tepung keluaran negara tersebut.
- Melamin yang digunakan dalam sebahagian besar produk pengguna sejak empat dekad lalu adalah bahan yang tidak larut dalam air. Namun, apabila digabungkan dengan asid sianurik akan menyebabkan batu karang buah pinggang. Menurut saintis-saintis FDA, kandungan melamin dan asid sianurik yang diserap ke dalam aliran darah akan berinteraksi membentuk batu karang.
- “Secara tidak langsung, setiap daripada kita akan terambil melamin. Kalau pinggan melamin yang digunakan dalam ketuhar mikro, maka kesan tindakan haba akan memaksa melamin meresap ke dalam makanan.Begitu juga, apabila kita memerah jus menggunakan pemerah jus plastik yang ada melamin. Wang ringgit, baju, semua ada melamin.Racun serangga yang mengandungi melamin apabila disembur akan dimakan oleh binatang ternakan. Apabila manusia mengambil daging tersebut, maka, melamin memasuki tubuh kita juga.
- Ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan anak mereka. Itulah satu-satunya cara untuk mengurangkan kesan langsung kimia yang sangat penting dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment