27 October 2008
Sukar Mengelak Daripada Melamin
- “Melamin bukan plastik. Tetapi ia sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik,” kata Pegawai Farmasi Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Sazaroni Md. Rashid.
- Dalam industri penyediaan polimer untuk mengeluarkan pelbagai rangkaian produk seperti fabrik, gam, barangan peralatan rumah dan perencat api misalnya, melamin digunakan secara meluas.
- Melamin juga merupakan sejenis bahan kimia yang berupaya meningkatkan jumlah penghasilan produk.Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna.Pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein. Cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu.
- Malah sebelum skandal susu di China dikupas sedalam-dalamnya baru-baru ini, melamin telah menjadi satu isu perdebatan pada awal tahun 2007.Perdebatan itu berlaku apabila para saintis dan doktor haiwan berusaha mengesahkan melamin bertanggungjawab meragut ratusan nyawa binatang peliharaan akibat pencemaran makanan haiwan.
- Biar pun begitu, melamin adalah bahan yang selamat. Syaratnya, jika pengambilan melamin tidak melebihi satu sukatan tertentu.
- Garis panduan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menyatakan melamin yang dibenarkan adalah 0.63 miligram (mg) bagi setiap kilogram badan untuk setiap hari.Jadi, melamin tidak toksik dalam kuantiti yang sedikit.
- susu keluaran New Zealand (NZ) sebenarnya juga mengandungi kandungan melamin tetapi pada kuantiti tidak berbahaya. Kementerian Kesihatan NZ telah menetapkan had maksimum satu mg melamin sahaja bagi setiap satu gram susu tepung keluaran negara tersebut.
- Melamin yang digunakan dalam sebahagian besar produk pengguna sejak empat dekad lalu adalah bahan yang tidak larut dalam air. Namun, apabila digabungkan dengan asid sianurik akan menyebabkan batu karang buah pinggang. Menurut saintis-saintis FDA, kandungan melamin dan asid sianurik yang diserap ke dalam aliran darah akan berinteraksi membentuk batu karang.
- “Secara tidak langsung, setiap daripada kita akan terambil melamin. Kalau pinggan melamin yang digunakan dalam ketuhar mikro, maka kesan tindakan haba akan memaksa melamin meresap ke dalam makanan.Begitu juga, apabila kita memerah jus menggunakan pemerah jus plastik yang ada melamin. Wang ringgit, baju, semua ada melamin.Racun serangga yang mengandungi melamin apabila disembur akan dimakan oleh binatang ternakan. Apabila manusia mengambil daging tersebut, maka, melamin memasuki tubuh kita juga.
- Ibu-ibu boleh memilih untuk menyusukan anak mereka. Itulah satu-satunya cara untuk mengurangkan kesan langsung kimia yang sangat penting dalam kehidupan ini.

Ketekunan Pekerja Asing Menghantar Wang Untuk Keluarga...Bagaimana Sikap Orang Kita
Sebahagian besar pendapatan pekerja asing yang diperolehi akan dihantar ke kampung di negara asal untuk ibu bapa atau anak-anak. Wang yang dihantar itu akan digunakan untuk membeli tanah atau membina rumah banglo selain digunakan untuk keperluan hidup seharian dan pendidikan untuk anak-anak atau adik beradik mereka.Itu amalan positif yang perlu dijadikan pengajaran kepada kita semua. Berbakti dan membalas jasa kepada ibu bapa, mementingkan pendidikan anak-anak, menyimpan demi kesenangan hidup pada masa depan dan mengelakkan dari bebanan hutang antara iktibar yang boleh kita teladani daripada buruh asing yang sanggup datang walaupun nyawa menjadi taruhan demi mengelakkan generasi mereka terus berada dalam putaran ganas kemiskinan di tanah tumpah darah mereka.
Bagaimana dengan orang kita? Fenomena biasa...nak bina rumah mesti berhutang. Hatta, apabila membeli tv pun kena berhutang. Hutang keliling pinggang sampai pencen masih berhutang. Lebih kesal lagi, anak-anak yang sudah bekerja dan menjadi golongan menengah, nak hantar wang sebesar RM100 sebulan kepada ibu bapa atau kepada adik-adik pun begitu liat dan berkira sekali. Kita patut berasa malu dengan buruh-buruh asing ini! Baca artikel di bawah sebagai renungan cara hidup kita
Kerja teruk demi anak - Pekerja asing Malaysia kirim RM50 juta sehari
SETIAP awal bulan, Gilda Barrios Pamo, 37, dari Pulau Luzon, Filipina seperti biasa kelihatan sabar beratur menunggu giliran di sebuah bank di Lembah Klang sebaik saja ia dibuka pukul 9 pagi.
Pembantu rumah itu sanggup keluar sejak awal pagi lagi dengan menaiki bas dari kediaman majikannya di Klang, Selangor semata-mata untuk segera menyelesaikan tugasnya itu.
Tiba di kaunter, juruwang seolah-olah sudah mengerti urusan ibu kepada dua anak lelaki yang menjadi ‘pelanggan’ tetap itu iaitu mengirim wang ke kampungnya.
Itulah rutin bulanan Gilda. Habis sahaja urusan, dia bergegas pulang ke rumah majikannya. Namun dia tidak lupa memberi bantuan kewangan kepada keluarganya yang miskin biarpun sedikit.
“Anak sulung saya berumur 16 tahun dan yang bongsu sembilan tahun. Mereka cukup gembira menerima kiriman wang gaji ini biarpun saya amat jarang pulang ke kampung,” katanya sayu.
Hakikatnya, Gilda tidak keseorangan. Dianggarkan seramai 2.1 juta pekerja asing di Malaysia melakukan perkara yang sama iaitu menghantar wang buat keluarga tercinta di negara asalnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapannya di Parlimen Rabu lalu bahkan mendedahkan secara purata, setiap pekerja itu mengirim RM720 sebulan.
Bagaimanapun transaksi keluar tersebut setakat ini tidak menjejaskan kedudukan rizab kewangan semasa dan angka itu cuma mewakili 4.7 peratus simpanan negara.
Ironi, tidak ramai yang menyedari kenapa pekerja asing khususnya di sektor perburuhan dan pembantu rumah tekun mengirim pulang wang itu meskipun nilainya tidaklah begitu besar.

“Rahsianya mungkin remeh tetapi realitinya mereka berbuat demikian demi membantu meringankan beban persekolahan si anak di kampung yang miskin,” jelas Anand Kadakol.
Pengurus Negara Malaysia Western Union itu bukan bercakap kosong sebaliknya berdasarkan kajian rapi firma pemindahan wang terbesar di dunia sejak tahun 1851 itu.
Bancian mereka menunjukkan warga asing yang bekerja di Malaysia mengirim wang berjumlah AS$5 bilion (RM17.47 bilion) setiap tahun ke negara asal mereka.
Angka kasar tersebut termasuk juga yang dihantar oleh ribuan pendatang tanpa izin. Secara purata sejumlah RM46.57 juta wang dari negara ini mengalir keluar pada setiap hari.
Isu pendidikan itu rupa-rupanya secara tidak langsung mendedahkan kenyataan kenapa ribuan rakyat asing sanggup berhijrah ke Malaysia walaupun bekerja dengan gaji kecil.
“Saya sendiri pernah berbual dengan mereka dan menitis air mata apabila secara jujur mereka bercerita mengenai kesanggupan berlapar semata-mata mahu anak mereka tidak tercicir sekolah,” katanya.
Realiti itu diakui Aguswandi Ramli yang merupakan antara 100 penerima geran pendidikan Yayasan Western Union dan Hope Worldwide di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bersama Gilda, dia yang berasal dari Makasar, Indonesia tidak lupa menghantar sejumlah wang ke kampung untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Pernah anaknya tidak mampu membeli buku kerana tidak cukup wang lalu dia sanggup bekerja lebih masa untuk mendapat upah tinggi dek tidak sampai hati dengan rintihan itu.
“Daripada wang inilah, mereka mendapat keputusan yang baik dalam ujian tetapi adakala saya menangis tidak dapat bersama meraikan kejayaan anak-anak saya di kampung,” jelasnya pilu.
Namun Aguswandi bersyukur dipilih sebagai penerima geran berjumlah RM1,000 dan berharap biasiswa kecil itu meningkatkan motivasi anaknya untuk terus cemerlang hingga ke peringkat tertinggi.- Harian Metro Online

26 October 2008
Dr M: Sentimen Umno parti tidak bermoral merebak di mana-mana
Pemilihan UMNO, parti yang mendominasi kerajaan BN sekarang sedang rancak berlangsung. Pemilihan jawatan presiden, Timbalan Presiden hinggalah kepada wanita, Pemuda dan Puteri. Saya tertarik dengan komen Mantan PM, Dr. Mahathir tentang apa yang dikatakan berlaku disebalik pemilihan tersebut. Presiden pasti akan memegang jawatan Perdana Menteri, pemenang Timbalan Presiden pula secara tradisi akan dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Naib-naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pula sebahagian besar daripada mereka yang menang bagi jawatan-jawatan tersebut akan dilantik Menteri-menteri dan Timbalan Menteri. Sama-sama kita renungkan kata-kata dari bekas PM dan presiden UMNO selama 22 tahun ini.
Sentimen Umno parti tidak bermoral merebak di mana-mana
Dr Mahathir Mohamad
Sat | Oct 25, 08 | 3:36:02 am MYT
Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno. Demikianlah keadaan sehingga Dato' Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato' Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.
Iklan
Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.
Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.
Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.
Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.
Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.
Amalan rasuah dalam Umno di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.
Orang ramai melihat Umno sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
Dalam pilihan raya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.
Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihan raya ke-12.
Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong Umno dan lain-lain parti komponen.
Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam Umno sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.
Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agung tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.
Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.
Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.
Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan Umno akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada Umno akan kutuk pemimpin dan ahli Umno.
Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno.- www.chedet.com_

18 October 2008
Jika Polis Rasa Terancam....Orang Ramai Apa Lagi
Berikut disiarkan jawapan Menteri Dalam Negeri seperti yang tersiar dalam Utusan Online 17 oktober 2008.
Pondok polis Jalan Haji Taib ditutup
KUALA LUMPUR 16 Okt.2008 (Utusan Online) - Pondok Polis di Jalan Haji Taib terpaksa ditutup kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati lokasi itu tidak selamat untuk anggota yang bertugas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, persekitaran kawasan yang kotor, kemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit serta ancaman penjenayah boleh memudaratkan keselamatan anggota.
''Pihak polis sedang berusaha mendapatkan lokasi baru yang berdekatan dengan kawasan berkenaan untuk mendirikan pondok polis baru agar dapat memberikan perkhidmatan yang terjamin serta berterusan kepada orang awam di kawasan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr. Lo Lo Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang ingin tahu mengapa pondok polis di Jalan Haji Taib ditutup pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Syed Hamid memberitahu, PDRM sentiasa mengadakan operasi berterusan di kawasan Jalan Haji Taib dan Jalan Chow Kit dalam usaha membanteras aktiviti serta kegiatan pelacuran.
Katanya, PDRM melaksanakan empat tindakan bagi mengatasi masalah pelacuran dan maksiat di kawasan tersebut iaitu pertama pemeriksaan rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.
Kedua katanya, menjalankan pemeriksaan dan serbuan ke atas hotel-hotel sekitar Jalan Chow Kit yang mempunyai perkhidmatan urut atau spa memandangkan ada hotel-hotel yang kononnya menawarkan perkhidmatan urut dan spa itu sebenarnya menjalankan kegiatan pelacuran.
''PDRM juga menjalankan tangkapan terhadap wanita-wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran dan juga pihak yang terlibat dengan penganjuran aktiviti pelacuran," ujarnya.
Selain itu katanya, pihak polis juga menjalankan risikan terhadap subjek-subjek yang menjalankan kegiatan pelacuran.
Komen: Jika Polis rasa terancam, pasti orang ramai lebih lagi rasa terancam di Chow Kit atau di mana-mana jua. Pihak berkuasa tidak patut melakukan tindakan yang seolah-olah takut kepada penjenayah. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah jauhilah Chow Kit. Sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada anda kerana Polis pun takut untuk berada disitu walaupun mempunyai senjata.

08 October 2008
Surau Masjid Kembali Lengang
1. Malam pertama Ramadhan, masjid atau surau terutamanya menerima kunjungan yang luar biasa. tak terbilang ramainya tak kira lelaki, perempuan, muda , tua atau kanak-kanak.
2. Ketika itu seolah-olah surau tersebut perlu diperbesarkan segera. Jemaah melimpah hingga ke luar. Peruntukan daripada kerajaan perlu dipohon.
3. Dalam seminggu Ramadhan, tak banyak bezanya. Pengunjung surau atau masjid tak banyak surutnya.
4. Masuk minggu ke 2 dan ke 3, saf makin ke depan dan terus maju ke depan.
5. Begitu juga malam 10 terakhir Ramadhan. Surau dan masjid semakin lengang. Malam Lailatul Qadar yang bersamaan dengan beribadat seribu bulan bukan menyebabkan Rumah Allah ini semakin sesak. Tawaran keampunan dan pahala yang berlipat ganda tidak dapat melawan tarikan di pusat beli belah ataupun kesibukan untuk membuat kuih raya.
6. Kini, Ramadhan telah berlalu. Surau dan masjid hanya dikunjungi oleh jemaah yang boleh dihitung dengan jari. Seorang ustaz pernah membuat perbandingan, bilangan kipas di masjid atau surau lebih banyak daripada bilangan manusia yang berjemaah solat 5 waktu!
7. Namun, terbukti bahawa Ramadhan ialah bulan rahmat. Kehadirannya menarik manusia seketika untuk berkunjung ke surau dan masjid.
8. Pastinya, surau dan masjid akan meriah kembali pada awal Ramadhan tahun depan.
9. Bersama-sama megimarahkan rumah Allah ini.Jika kita yang tidak mengunjunginya siapa lagi? Jika kehadiran di masjid dan surau menjadi ukuran perpaduan dan kekuatan dalam kalangan orang Islam, ternyata perpaduan terlalu jauh untuk dicapai.
10. Usah bercakap soal perpaduan Islam atau begitu petah menyatakan kelemahan dan kemunduran jika ,untuk melangkahkan kaki menuju ke surau dan masjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari pun kita tidak mampu atas alasan tiada masa.

07 October 2008
Mudahnya Ucapkan Selamat Hari Raya
Ampun dan maaf dipinta andainya..
Terkasar bahasa,
TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana
TERpekik ditelinga
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena,
TErumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena.
Semoga dimaafkan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
1. Demikian antara puluhan ucapan sms yang saya hantar kepada rakan-rakan pada hari raya lepas.
2.Lima tahun yang lalu, sejak awal puasa lagi, antara perkara wajib ialah membeli kad-kad raya. Jika terlambat hantar, pasti kad yang dihantar akan tiba di tangan penerima selepas hari raya.

3. Menjelang seminggu dua hari raya ternanti-nanti pula kedatangan posmen untuk menyerahkan kad-kad raya dari rakan-rakan atau saudara mara terutama yang jauh. Kad raya yang diterima akan digantung atau dipamerkan kepada tetamu yang berkunjung.
4. Kini,kad raya bukan lagi sebagai pengganti memohon kemaafan kepada rakan atau saudara mara. SMS telah menjadi pilihan. Murah dan cepat. Itu alasan untuk tidak lagi menggunakan kad raya.
5. Semuanya dihujung jari. Tak sampai seminit, ucapan selamat hari raya telah diterima lebih daripada seorang.

05 October 2008
Sesak di Kg dan Tradisi Balik Kg
Salam Aidilfitri.
1. Bukan pelik lagi bila istilah sesak atau jem turut berlaku di kampung-kampung nun jauh dari kota atau bandar.
2. Sebaik sahaja tiba di Ajil, jalan menuju K Brang kelihatan sesak dengan kereta. Memang jalan ini merupakan jalan pilihan utama perantau dari Johor atau Pahang untuk balik ke Kelantan, Besut atau Setiu.
3. Perjalanan dari Kuantan melalui Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Pekan Ajil biasanya mengambil masa 2 jam sahaja berbanding melalui jalan pantai yang terpaksa melalui bandar Cukai, Kerteh, Kemasik, Dungun dan Marang. Tak terbilang lampu isyarat yang terpaksa dilalui jika memilih jalan pantai. Saya pernah memandu selama lebih 4 jam untuk sampai ke KT dari Kuantan!
4. Jika memilih Lebuh Raya Jerangau Jabor, hanya 3 lampu isyarat di K Brang yang ditempuhi.
5. Namun, dalam musim perayaan ini, perjalanan melebihi 2 jam 30 minit untuk tiba di K Brang.
6. Kesesakan bermula apabila memasuki Bandar K Brang hingga ke simpang Kg Gaong.
7. Di Kg kesesakan juga berlaku di lorong kecil.
8. Bayangkan jika satu keluarga mempunyai 8 orang anak yang berkerja, maka, 8 buah kereta pelbagai jenis memasuki lorong sempit yang hanya bolah memuatkan sebuah kereta sehala sahaja. Begitu juga dengan keluarga yang lain.
9. Kejayaan anak-anak yang berjaya dalam kerjaya masing-masing ini membolehkan mereka memiliki kereta.
10. Oleh itu, kg juga memerlukan perancangan jalinan jalan raya yang sesuai untuk menampung pertambahan kenderaan ini.
11. Kemeriahan aidil fitri memang amat terasa di kg.
12. semoga tradisi balik kampung berterusan sampai bila-bila. Tak kira besar mana pangkat anak-anak kampung, tetapi bila tiba aidilfitri berduyun-duyun mereka meredah lorong sempit untuk mengenang asal-usul mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)