02 December 2009

Motivasi Diri

MOTIVASI DIRI


1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.



11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.



16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.


supaya kita semua di hindarkan dari segala bala bencana dan diberikan kemudahan dunia dan akhirat .

22 November 2009

Kotor punca taun merebak di Terengganu

Produk keropok Terengganu masih selamat dimakan

22/11/2009 6:17pm

KUALA TERENGGANU 22 Nov — Semua produk keropok termasuk keropok lekor yang dipasarkan di Terengganu masih selamat untuk dimakan, namun pengguna perlu memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas. Pengarah Kesihatan negeri Terengganu Dr Nordiyanah berkata pengguna tidak digalakkan memakan keropok yang sudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus di kedai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan penyakit taun.

"Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan, tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaiknya apabila pulang ke rumah, ia hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa ia masih panas.

"Ini kerana kita bimbang semasa proses pembungkusan ia juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang arahan melarang atau menarik balik bahan makanan kegemaran ramai itu yang telah diedarkan di pasar-pasar kerana ia bukan tidak boleh dimakan, cuma perlu dimasak semula dengan sempurna, katanya.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenalpasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri itu sekarang. Persatuan Pengguna Terengganu juga dilaporkan menyarankan orang ramai tidak membeli keropok lekor atau keropok berasaskan ikan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan taun.

Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan penggunaan ikan yang dicemari kuman ”Vibrio Cholera” untuk pembuatan keropok merupakan antara punca penularan wabak taun sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ikan berkenaan diperolehi dari negara jiran Thailand, berkemungkinan dibawa masuk ke negeri itu melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Selain keropok, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam dan sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif mengandungi kuman berkenaan.

Berikutan itu, dua kilang berkenaan telah diarahkan ditutup selain beberapa premis lain termasuk 11 kilang ais dan kedai-kedai makan.

Dr Nordiyanah berkata, mana-mana kilang yang mematuhi syarat penyediaan makanan yang ditetapkan, masih boleh beroperasi seperti biasa.

Tanpa mendedahkan statistik terbaru jangkitan taun di Terengganu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mementingkan kebersihan terutama dalam aspek pemakanan.

"Sekali lagi kita ingin mengingatkan penduduk yang mengalami simptom penyakit taun, iaitu cirit-birit dan muntah terutama selepas makan untuk mendapatkan rawatan segera, mengamalkan kebersihan diri, tidak makan di restoran atau gerai yang diragui tahap kebersihannya dan tidak minum air yang tidak dimasak,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain air pada musim banjir bagi mengelak dijangkiti penyakit itu dan pelbagai penyakit bawaan air. "Kita bimbang apabila banjir berlaku kerana ia mengandungi kuman setelah air berkenaan tercemar apabila ia bercampur dengan pelbagai najis,” katanya.

— BERNAMA


Masalah kebersihan punca taun merebak

KUALA TERENGGANU 21 Nov. – Masalah kebersihan merupakan punca utama penularan wabak taun di Terengganu. Ia menyebabkan pencemaran berlaku di kilang-kilang ais, keropok lekor dan pasar basah hingga memaksa taun diisytihar wabak di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengesahkan perkara itu berkata, sebanyak 115 premis telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 20 premis diarahkan tutup serta-merta selama 10 hari.

‘‘Sebanyak 11 buah kilang ais, empat buah kilang keropok, sebuah pasar dan empat restoran diarahkan tutup untuk tujuan pengawasan.

“Hasil siasatan melalui sampel ayam mentah dan keadaan air di beberapa buah premis dan kilang ais terbabit didapati tercemar dengan kuman kolera,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pesakit taun di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya mendapati ada kemungkinan ikan yang dibekalkan kepada kilang keropok sekitar daerah itu dicemari kuman vibrio cholera dari negara Thailand.

Beliau juga tidak menolak pencemaran itu berlaku ketika proses pengagihan ikan di Kompleks Perikanan Chendering.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, pengawasan di kesemua premis tersebut akan dipertingkatkan kerana wabak taun yang merebak di negeri ini dikenal pasti daripada kuman kolera jenis baru itu.

Ujarnya, hasil kajian awal mendapati kuman itu tidak memberi tindak balas terhadap ubat antibiotik yang sering digunakan.

“Sejak lima tahun lalu, wabak taun tidak melanda dan ini merupakan kes yang paling teruk dan serius, bagaimanapun kita telah menemui antibiotik yang boleh mengubati penyakit ini,” jelasnya.

Mengenai jumlah kes pula, tambah beliau, sehingga hari ini, sebanyak 145 kes dilaporkan berbanding semalam 138 kes disahkan positif penyakit itu dan menerima rawatan di hospital tersebut.

Beliau berkata, 482 pesakit masih dirawat di hospital iaitu 322 pesakit disyaki mengalami cirit-birit, 138 kes disahkan kolera dan 22 lagi adalah pembawa penyakit itu.

“Sebanyak sembilan wad telah disediakan untuk menempatkan pesakit-pesakit yang mengalami penyakit ini.

“Bagaimanapun, terdapat satu kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seperti yang dilaporkan semalam dan pesakit itu telah pun stabil dan dipindahkan ke wad biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti kuman kolera dengan meningkatkan penjagaan kebersihan.

21 November 2009

FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH


We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.

IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.

If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so.In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.....So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach.

The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat!There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight. When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.But eating a whole fruit is better than drinking the juice.

If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!

Kiwi- Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.

Apple- An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

Strawberry- Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.

Orange- Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.

Water Melon- Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

18 November 2009

Filem 2012: Berakhirkah dunia?




Apabila diajak untuk menonton filem yang diberi judul 2012 pada malam minggu yang lalu, saya tidak berfikir panjang untuk menerima pelawaan tersebut. Rasanya sudah 6 bulan saya tidak ke panggung wayang. Filem 2012 sememangnya filem yang saya tunggu-tunggu.



Filem yang menelan kos pembikinan AS$200 juta ini memang tidak mengecewakan terutama kesan visual yang kelihatan begitu 'real'. Bangunan pencakar langit yang menjadi penanda aras kemajuan sesebuah negara rebah satu persatu akibat ledakan yang maha hebat dari perut bumi. Apa jua yang ada di muka bumi musnah oleh tsunami yang tingginya ribuan meter. Malahan akhinya, puncak yang tertinggi bukan lagi Gunung Everest tetapi sebuah gunung di Afrika yang ternaik dek gerakan kerak bumi.

Filem ini diberikan tajuk 2012 sejajar dengan teori yang dikemukakan oleh Kaum Maya yang meramalkan bumi yang kita huni ini akan hancur pada 21 Disember 2012. Dengan kata mudahnya, kiamat akan berlaku pada tahun 2012.

Namun begitu apabila mendapati ada manusia yang terselamat dengan menaiki bahtera moden yang dibina, sudah tentu kejadian pada 2012 itu bukan kiamat. Pada saya, kejadian tersebut sama dengan peristiwa Bah Besar pada zaman Nabi Musa A.S ataupun peristiwa runtuhnya Empangan Maghrib yang telah menyebabkan terhapusnya tamadun yang hebat pada zaman itu kerana manusia sudah lupa kepada penciptaNya.

Bila berlakunya kiamat tetap menjadi rahsia Allah walaupun sudah ada tanda-tanda akhir kiamat yang nyata seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Sebagai seorang Islam, apa yang dipaparkan di dalam tersebut wajar kita kaitkan dengan peringatan Allah. Tiada apa yang dapat menahan apabila tiba masa yang dijanjikan, dunia ini akan hancur.

Walaupun terdapat juga adegan yang tidak masuk akal tetapi keseluruhannya filem yang memakan masa 2 jam 40 minit memberikan banyak iktibar kepada manusia keseluruhannya. Tamadun yang kita lihat pada hari ini akhirnya akan musnah sekelip mata seperti yang berlaku kepada tamadun terdahulu yang banyak disebut di dalam Al-Quran. Sebuah tamadun baru akan muncul di Afrika yang terselamat daripada tsunami. Kiraan tahun juga turut berubah apabila dipaparkan tarikh 1.1.01. Khabarnya kehidupan baru manusia yang terselamat di dalam bahtera tersebut akan dijadikan siri televisyen yang diberi judul 2013.

Seperti filem cereka Hollywood lain, superhero tetap Amerika, cuma tertanya-tanya juga mengapa kali ini, Amerika memilih China sebagai tempat membina bahtera sementara bumi Amerika yang terlebih dahulu dipilih hancur. Presiden Amerika yang terakhir juga terkubur bersama runtuhnya White House. Mungkin juga ini merupakan strategi untuk menarik penonton daripada ratusan juta di bumi China untuk menonton filem ini. Juga untuk mengelakkan filem ini dilarang ditayangkan di negara Tembok Besar itu. Jadi, tidak mengejutkan jika tindakan bijak mengangkat martabat China dan tidak merendah-rendahkan negara lain membolehkan filem ini membuat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Hollywood yang sukar ditandingi hingga 2012 jika benar Hollywood juga akan hancur dan pupus seperti ramalan filem tersebut.

06 November 2009

Penggunaan babi dalam pelbagai barangan kita

Tanpa kita sedari mungkin kita terguna atau termakan barangan pengguna sama ada makanan atau barangan lain seperti kasut dan beg tangan yang diperbuat daripada babi.

Menurut kajian, sebanyak 185 keluaran boleh dihasilkan menggunakan pelbagai bahagian daripada binatang yang dikategorikan sebagai najis berat dalam Islam. Ini merupakan ancaman yang begitu besar kepada umat Islam.

Antara keluaran yang telah dikenalpasti ialah aiskrim, baja, cecair pelembut, berus lukisan, jus buah-buahan, shampoo, lilin, sabun dan roti. Hampir semua komponen babi digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk. Hal ini berlaku kerana harga babi jauh lebih murah berbanding haiwan lain. Selain itu, babi juga mudah didapati kerana kadar kelahiran yang tinggi.


Kasut yang diperbuat daripada kulit babi lebih murah. Biasaannya kulit babi ini dipasang dibahagian dalam kasut kerana sifat kulit tersebut yang lembut, dan banyak digunakan di dalam kasut kanak-kanak.


Cara untuk mengenal pasti sama ada diperbuat daripada kulit babi atau tidak adalah dengan memerhatikan jika terdapat tiga titik yang seragam pada kulit tersebut.






(Foto: http://emjayjb.multiply.com/photos/album/46/Cara_tengok_kasut_kulit_BABI)



selipar jenama polo juga
turut dikesan menggunakan kulit babi


Gelatin digunakan secara berleluasa dalam produk-produk yang dimakan seperti kapsul ubat-ubatan, makanan ringan, roti, produk tenusu, produk minuman. Gelatin juga digunakan dalam kosmetik.

Menurut laman web Wikipedia, 44% daripada penghasilan gelatin berasal dari kulit babi, sementara 28% kulit haiwan bovin (seperti lembu, kambing, kerbau dll) dan 24% dari tulang. Selebihnya adalah dari sumber lain-lain.

Ini merupakan pendedahan yang agak membimbangkan. Lebih-lebih lagi sebahagian besar pengeluar produk pengguna dimonopoli oleh pengeluar bukan Islam. Motif memperoleh untung yang maksimum dan meminimumkan kos pasti menjadi pertimbangan mereka. Kos pengeluaran yang rendah jika menggunakan komponen babi pasti menjadi pilihan mereka.

Oleh itu, menjadi penting bagi kita untuk memahami betapa besarnya impak gelatin terhadap status kahalalan makanan yang kita makan seharian. Untuk menangani isu ini, kita harus menggunakan panduan-panduan berikut:

1. Bagi makanan yang menggunakan gelatin, semak status penggunaan gelatin bagi produk tersebut melalui laman web seperti halagel.com dan laman web Halal Guide.

2. Seelok-eloknya jangan beli terus produk makanan yang mengandungi gelatin yang diimport dari luar negara seperti Amerika, UK dan yang bersekutu dengannya, walaupun jika ada sijil Halal JAKIM atau yang serupa dengannya.

3. Elakkan memakan kapsul berbentuk gel dan jeli.

4. Jauhi diri dari memakan jeli buah-buahan kerana kebanyakannya adalah dalam status ragu-ragu atau syubhah, kecuali jika kita yakin dengan sumbernya.

5. Perbanyakkan doa untuk meminta petunjuk dari Allah SWT untuk mengilhamkan kepada kita makanan yang diredhaiNya.(http://drishak69.blogspot.com/2008/10/gelatin-suatu-penjelasan.html)

Justeru, sesuatu harus dilakukan bagi mempastikan kita tidak menggunakan babi secara tidak sengaja. Usaha mengeluarkan barangan pengguna yang suci dan halal mesti menjadi agenda utama Majlis-majlis Agama Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam bersama-sama dengan agensi seperti MARA, MARDI dan lain-lain. Yang lebih penting lagi kesedaran kita yang tinggi untuk membeli barangan yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri bagi menjamin kita menggunakan barangan yang halal. Keprihatinan kita untuk memilih barangan yang halal secara tidak langsung akan mendorong pengusaha bukan Islam untuk tidak mengambil mudah sensitiviti kita.




05 November 2009

Ketahui apa yang kita minum dan makan

1. Air botol plastik boleh jejaskan kesihatan


Meminum air yang dibotolkan dengan botol plastik sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat Malaysia. Malahan, dalam majlis-majlis rasmi dan mesyuarat, air mineral dan air minuman ini akan dihidangkan. Memang suatu yang memudahkan. Senang dibawa dan boleh dibeli dimana-mana sahaja. Selepas habis buang sahaja.

Sebahagian daripada kita mungkin menggunakan botol plastik itu berulang kali.
Penggunaan minuman ini seolah-olah sudah menjadi suatu gaya hidup yang diterima umum oleh setiap lapisan masyarakat.

Sedarkah kita bahan botol plastik (juga sebagai polyethylene terephthalate or PET) yang dipakai di botol-botol ini mengandung zat-zat karsinogen (atau DEHA).

Jika botol ini diulangpakai hendaklah tidak lebih daripada 2 kali dan jauh daripada terkena cahaya matahari.

Kebiasaan mencuci botol ini untuk mengulang guna akan membuatkan lapisan plastik rosak dan zat karsinogen itu masuk ke dalam air yang kita minum. Kesihatan kita boleh terjejas.

Justeru, gunakan botol khas yang sememangnya selamat untuk digunakan berulang kali.


2. Jika makan satey jangan lupa makan timun.


Tidak ramai yang sedar, mengapa bila satey dihidangkan, pasti dihidangkan bersama hirisan timun. Satey yang dibakar akan mengadungi karbon yang boleh menyebabkan kanser. Memakan timun selepas memakan satey akan menghalang kesan karbon tadi.

http://asri78.files.wordpress.com/2007/02/udang-galah-edit.jpg
3. UDANG DAN VITAMIN C


Jangan makan udang setelah Anda makan Vitamin C kerana ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang merupakan proses reaksi dari Udang dan Vitamin C di dalam tubuh.

4. MI Segera
Makan mi segera juga sudah menjadi budaya sesetengah daripada kita. Namun tahukah kita, selang waktu setelah memakan satu hidangan mi segera ialah 3 hari. Selepas 3 hari barulah kita boleh makan lagi mi segera.

Mi segera dikatakan mengandungi lapisan lilin . Itulah sebabnya, mi ini tidak melekat antara satu sama lain ketika memasaknya.

Pengambilan mi segera setiap hari dikatakan boleh meningkatkan kemungkinan dijangkiti kanser.

Tubuh kita memerlukan masa 2 hari untuk membersihkan lapisan lilin yang terdapat pada mi segera.

dipetik dandiubahsuai daripada http://www.prn2.usm.my

PULAU PINANG 4 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan air dalam botol plastik kerana ia boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, anggapan air yang dibotolkan adalah menyihatkan dan bebas kalori berbanding minuman ringan adalah tidak benar kerana ia tidak mempunyai jaminan seumpamanya.

Menurut beliau, penghasilan botol plastik yang digunakan juga menjana lebih 100 kali ganda bahan toksik yang mampu melarut resap ke dalam air.

''Proses menghasilkan dan mengangkut botol yang digunakan juga boleh menjejaskan alam sekitar kerana kebanyakan botol terpakai akan dilambak ke tapak pelupusan sampah.

''Dianggarkan 1.5 juta tong minyak mentah digunakan setiap tahun di seluruh dunia bagi menghasilkan plastik untuk membotolkan air, ia pula diangkut dalam jarak jauh untuk diedar dan membakar sejumlah besar minyak.

''Jadi, dalam proses tersebut apabila botol menjadi panas ia mula merembes bahan kimia ke dalam air walaupun botol belum dibuka dan ini yang boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, menurut kajian Dr. Ken Smith dari Jabatan Kimia Persekitaran, Persatuan Bahan Kimia Amerika Syarikat, meninggalkan botol air dalam kenderaan boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam botol menyebabkan ia mudah resap ke dalam air.

''Pada 2006, saintis dari Jerman pula mendapati sejenis bahan toksik yang digunakan dalam pembuatan botol selain meresap dengan cepat ia juga boleh menjadi sangat bertoksik jika semakin lama disimpan.

''Dianggarkan penduduk negara ini meminum lebih 100 juta botol air setahun dan harganya pula ada serendah 40 sen jika dibeli secara karton di pasar raya dan setinggi RM5 sebotol di hotel-hotel.

''Pada masa sama, ramai pengguna tidak menyedari bahawa botol dengan tudung yang berwarna adalah untuk air biasa sementara botol bertudung putih adalah untuk air minuman yang disuling," ujarnya.

Beliau berkata, para pengguna sebenarnya terpengaruh dengan iklan yang kononnya mengaitkan meminum air dalam botol dengan sesuatu yang glamor, canggih, kaya atau untuk kesihatan.

Sehubungan itu, S.M. Mohamed menasihatkan para pengguna supaya meminum air paip walaupun ia biasanya mempunyai kandungan klorin, namun ujian rawak membuktikan bahawa terdapat perbezaan di antara air paip dan yang dibotolkan.

''Biarkan air paip mengalir seketika sebelum minum bagi mencegah rasa air yang kurang enak kerana ia berada sekian lama dalam paip, pada masa sama campur perahan limau atau lemon bersama ketulan ais ia akan jadi enak dan menyegarkan," katanya.

03 November 2009

Ucapan Sasterawan Negara untuk direnungi


Ucapan Sasterawan Negara ke 10 , Dr Anwar Ridwan amat menarik sekali untuk direnung dan difikirkan. Pelbagai aspek disentuh oleh beliau ketika menyampaikan ucapan sempena penganugerahan Sasterawan Negara pada 20 Oktober 2009 yang turut dihadiri oleh yang Dipertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Md Yasin.




Bismillah itu permulaan kalam,

Dengan nama Allah Khalikulalam,

Berkat Muhammad Sayid Alanam,

Memberi rahmat siang dan malam.


Awal bismillah fakir menyusun,

Di pangkal jalan memohon ampun,

Maklum bahasa tidak tersusun,

Banyak perkara hendak dihimpun.


Majlis permai fakir mengisi,

Kata dan fikir dengan puisi,

Kerana fakir bertugas di institusi,

Yang "melangkah ke hadapan bersama tradisi."


I: Citra Sastera

Sastera itu adab persuratan,

Pelbagai makna serta tafsiran,

Namun bakat serta indah penulisan,

Tentang Tuhan, makhluk-Nya dan pemikiran.


Bakat dan karya ada tanggungjawab,

Berbuat di dunia balasannya di alam baqa,

Diingatkan Allah menjadi khalifah-Nya,

Bantu membimbing umat manusia.


Hindari kutukan kepada penyair sesat,

Dalam Al-Syu'ara telah tersurat,

Yang ditulis benar itulah yang diperbuat,

Takwa itu memandu pena menyurat.


Dengan akal pena menukilkan,

Seperti lidah wajar berperaturan,

Pena yang jujur lebih dimuliakan,

Bukan pedang melibas sembarangan.


Persuratan itu mengandung ilmu,

Juga mendidik tiadalah jemu,

Mutiara kata dapat ditemu,

Yang indah-indah dan merdu turut diramu.


Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad al-Fatani,

Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji,

Karya persuratan padat berisi,

Tanda pujangga seorang insani.


Persuratan tidak mengulang yang lama,

Atau hanya alam dan watak semata,

Fikrah falsafah itu lebihlah mulia,

Disulam keindahan membijaksanakan manusia.


Dibantu ilmu karya terkarang,

Piawai Melayu ini jangan dibuang,

Nyata dan magis silang bersilang,

Ke pentas dunia masuk gelanggang.


Melayu menyediakan atur hukum sastera,

Dalam puisi dan hikayat warisan bangsa,

Ditambah ilmu bantu dan prinsip semasa,

Ciptakan karya bertaraf dunia.


Ibn Tufail, Ibn al-Nafis,

Menyelami dasar falsafah menulis,

Apungkan ilmu madahnya pun majlis,

Keadilan hakiki pencarian penulis.


II: Keprihatinan Sastera Malaysia

Sastera bukan khayali ke dalam diri,

Nasib alam dan ummah diperhati,

Peka akan gejolak yang mengelilingi,

Dicipta persuratan untuk dihayati:


(i)

Asas tamadun sudah bertunas,

Melayu bersyarak kepada nas,

Lenyap kegelapan oleh nur yang bernas,

Hablum min Allah, Hablum min al-nas.


Pusat intelektual bermula di istana,

Lahirkan ulama, pemikir dan pujangga,

Muamalat, munakahat, siasah dijana,

Hukum jinayat, adab, persuratan juga.


Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?

Akidah mencair atas nama hak asasi,

Islam liberal dan sekularisme mencemari,

kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.


Ada yang mencabar hukum syariah

Anggap hukum duniawi lebih indah,

Tidak sempurna bukan sifatnya Allah,

Di atas segalanyalah asma'ilahiyyah.


(ii)

Kita mengenal Suhaif al-Rumi,

Begitu juga Salman al-Farisi,

Beserta dengan Bilal al-Habashi,

Begitu pelbagainya wajah insani.


Allah ciptakan pelbagai bangsa,

Allah hembuskan seribu bahasa,

Untuk berkenalan sesama manusia,

Jangan sampai abaikan hak milik kita.


Semenanjung Melayu ini di Alam Melayu,

Sebab musababnya jelas bagi yang tahu,

Sejak abad ke-VII kembangkan tradisi ilmu,

Kuasai ekonomi Nusantara delapan penjuru.


Majapahit, Sriwijaya, Langkasuka dan Melaka,

Corakkan wajah kebudayaan kita,

Sehingga penjajah membawa tenaga kerja,

Bekerja demi kepentingan ekonomi mereka.


Kini tenaga kerja asing terus penuhi negara,

Pada tempat dan ketika lebih ramai mereka,

Rakyat rasa tak selamat tak rasa bebas merdeka,

Berbuatlah sesuatu agar negara ini tenang semula.


(iii)

Bangsa bermaruah merdeka daripada penjajah,

Kuasa-kuasa Barat dan Timur datang menjarah,

Menghalau mereka tidak sahaja perwira dan orang siasah,

Peranan ulama dan penulis juga diakui sejarah.


Justeru setiap menyambut ulang tahun merdeka,

Kenangilah pengorbanan dan bakti mereka,

Yang benar-benar berjasa tampilkan ke muka,

Berterima kasih pada saat sesuai dan ketika.


Melayu dengan kedaulatan dan ketuanan,

Ihsan memberi taraf kerakyatan,

"Kontrak Sosial" menjadi ikatan,

Diikat kukuhlah jangan rungkaikan.


Maka teguh-kukuhkan perkara yang empat,

Kedudukan Raja-Raja Melayu menjamin daulat,

Islam agama rasmi, Melayu Bahasa Kebangsaan dinobat,

Hak istimewa Melayu dan bumiputera mendapat tempat.


Prihatinlah akan nasib tanah air dan bangsa,

Hubbul watan minal iman peganglah ia,

Berhujahlah Melayu baru dengan akal dan fakta,

Bukan zahirkan rasa dan emosi semata.


Namun bertimbang rasalah kepada taulan,

Pelbagai bangsa jiran dan kenalan,

Pada zamannya Nabi telah tunjukkan,

Islam menjalin indah perpaduan.


(iv)

Melayu itu beradab, berperaturan, berkerajaan,

Di alam Melayu ribuan tahun kekuasaan,

Khalifah Allah segala raja dan sultan,

Patut dibantu orang-orang besar bijaksana lagi budiman.


Jangan sekali-kali bertindak atas hukum rimba,

Matlamat dan cara mesti halal belaka,

Tersurat hukum kanun dan undang-undang mulia,

Pangkal peraturan bagi segala raja-raja dan rakyatnya.


(v)

Pendidikan Melayu itu berliku lorongnya,

Pada zaman penjajah, hanya vernacular kastanya,

Pribumi sengaja ditolak dari bandar dan kotanya,

Sentiasa mengekori pelajar kota yang pantas lariannya.


Terfikir fakir akan nasib bahasanya,

Ratusan tahun melakar wacana,

Tanpa menjadi bahasa ilmu akan ke mana?

Cukuplah jadi bahasa basahan sahaja?


Pada abad XVI Valentin terpesona,

Di sebelah sini bahasa Melayu berkuasa,

Dari timur Parsi hingga ke Kepulauan Filipina,

Kini mesti lebih perkasa di negaranya dan dunia.


Ilmu sekular moden Melayu wajar berhati-hati,

Kerana akhirat itu pasti dihadapi,

Atas ilmu ukhrawi dirikan ilmu duniawi,

Baharulah barakah hingga ke kampung kekal abadi.


(vi)

Asal asali itu Melayu teras jua,

Bangsa besar lagi majoriti jumlahnya

Patutlah teras segala citra budaya,

Entah kenapa kini digerhanakan seri wajahnya.


Budaya itu bersendi adat berpangkal agama,

Tanda bangsa beradab lagi mulia,

Tapi hedonisme tampak dibiarkan merajalela,

Budi bahasa amat ketara lunturnya.


Segalanya bermula darinya rumah,

Mencipta kasih sayang mawaddah war-rahmah,

Tahzibul akhlak tanggungjawab ummah,

Akhiran terpuji husnul khatimah.


(vii)

Persuratan dan bahasa "azwar" yang baik,

Tamsil makhluk dengan yang Khalik,

Perjuangan bahasa bukanlah pelik,

Kuasai yang asing, tak tercicir milik.


Hang Tuah kuasai berbelas bahasa,

Melalui munsyi bahasa yang berjasa,

Bukan dengan "pandai besi" berbadan sasa,

Bukan dengan "pandai emas" mencanai suasa.


Kuasai bahasa Arab di dalam dada,

Bahasa Barat dan Timur di dalam minda,

"Seribu bahasa kita bicara,

Manakan sama bahasa bonda".


Ke manakah arah bahasa Melayu?

Dipandang rendah tak banyak yang mahu,

Sesekali dipakai miskinnya mutu,

Nama tempat, jalan dan bangunan tidak menentu.


Alangkah molek bercitra kebangsaan,

Setiap bangsa rohnya diciptakan Tuhan,

Tercabut rohnya citra pun kehilangan,

Bagaikan tanah ini tidak bertuan.


(viii)

Sebelum mengundur diri fakir rakamkan,

Ucapan "terima kasih" kepada sekalian,

Pengkritik, penterjemah, editor dan panel budiman,

Isteri, anakanda dan menantu pemberi sokongan.


Serta sahabat fakir Cina dan India,

Kadazandusun dan Iban juga,

Dengan bakat, akal, bahasa dan karya,

Perkasakan tamadun bangsa kita,


Sudah sampai ke hujung fakir bermadah,

Pada malam bersejarah menjunjung Anugerah,

Jutaan ampun atas silap dan salah,

Yang Maha Sempurna Terpuji itu miliknya Allah.


Wahai segala arif permata,

janganlah apa fakir dikata,

Kalam buruk kertasnya lata,

Menyuratnya tiada ada pelita.


Sudahlah dengan takdir Allah,

Tiadalah dapat lagi disalah,

di Lohmahfuz suratan terjumlah,

Barang yang datang disyukurkanlah.


29 October 2009

Tomyam Campur Menjejaskan Kesihatan?



Tomyam memang menjadi kegemaran saya terutama tomyam yang dimasak oleh tukang masak Thailand sendiri.

Namun terkejut juga apabila terbaca kenyataan oleh Ahli Parlimen, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) di Dewan Parlimen hari ini yang meminta penjelasan daripada Kementerian Kesihatan tentang dakwaan masakan tomyam campur, yang menggabungkan makanan laut dengan makanan darat contohnya ayam dan daging, mempunyai kaitan dengan jumlah penyakit dan daya tahan penyakit yang semakin rendah di kalangan rakyat negara ini.

Beliau berkata, menurut Islam adalah dilarang masakan yang mencampurkan makanan laut dan darat kerana dikhuatiri boleh memudaratkan sistem penghadaman manusia.

Tidak pula dinyatakan jenis-jenis penyakit yang berkaitan jika makan tomyam campur.

Kita tunggu penjelasan daripada Kementerian Kesihatan. Kalau betul dakwaan ini, masakan lain yang juga mencampurkan masakan laut dan masakan darat ialah sup yang dinamakan "sup antarabangsa". Sup ini biasanya mencampurkan semua jenis daging seperti daging ayam, kambing, perut tulang dan turut dicampurkan ikan.

Ikan Kelah RM100 seketul


Harian Metro 28 oktober 2009 melaporkan tentang harga seketul ikan kelah RM100. Terkejut juga membaca berita tersebut. Terkejut bukan kerana harga ikan kelah tersebut. Yang membuatkan saya terkejut ialah dakwaan Pengurus Hotel Seri Malaysia yang mendakwa berasa tertipu dengan harga RM100 setelah memakan seketul ikan kelah.

Harga ikan Kelah memang sedia mahal. Harga pasaran Kelah di sekitar Kuala Berang sebelum dimasak ialah antara RM70 hingga RM80 lebih sekilo. Biasanya harga yang ditetapkan bagi seketul ikan Kelah antara RM80 hingga RM100 lebih. Ada 3 buah kedai makan di Kuala Berang iaitu 2 buah di Kampung Gaung dan sebuah di kampung Telaga yang menyediakan hidangan ikan ini yang biasanya dimasak pedas kampung.

Pada saya harga yang dikenakan itu sememangnya harga pasaran di situ. Maklumlah tidak ada tempat lain yang menyediakan ikan tersebut. Bekalan ikan ini juga amat sukar didapati. Ini juga menjadi punca mengapa harga ikan ini amat mahal. Pengurus Hotel itu sepatutnya bertanya dulu harga seketul ikan sebelum menceduk atau memakannya.

Jangan terkejut kos makan tengah hari pelanggan di situ hingga mencecah ribuan ringgit. Semuanya gara-gara ikan Kelah.

26 October 2009

Bila Azan Berkumandang....



Ketika azan berkumandang,
Laungan Kalimah Allah dikeudarakan.
Seruan Allahu Akhbar (Allahu Maha Besar)!
Allahu Akhbar (Allah Maha Besar) menerpa seluas pandangan.

Namun, apalah ertinya...
Jika maksudnya tidak dimengerti.
Seruan yang menyeru ditunaikan solat,
Tidak lagi sekuat seruan keindahan fatamorgana.
Seruan yang menyeru agar ke masjid.
Tidak lagi sekuat bisingnya hiruk-pikuk kesibukan.

Masjid begitu besar tersergam,
Bukan sedikit masjid yang besar-besar.
Tapi masih tidak cukup besar jumlah pengunjungnya( lebih banyak bilangan kipas dari jemaah).

Lihatlah betapa ramainya tidak endahkan suara itu.
Kerana mungkin jauh di lubuk hatinya,
Tertanam kalimah yang lebih besar (iaitu):

Motor aku lagi besar, kereta aku lagi besar, duit aku lagi besar, gaji aku lagi besar, isteri aku lagi besar.

Harta aku lebih besar!

Solat?! Ahh... Kemudianlah...
Itu soal kecil saja...
Boleh qodho bila-bila saja..
(dipetik dari http://an-nawawi.blogspot.com/)

atau mungkin mereka tidak kisah
solat di rumahpun apa salah.
Habis apa gunanya masjid yang besar dan indah
sekadar penghias kota yang gah.





Masjid indah dan besar. Pemandangan biasa di seluruh pelusuk negara. Azan di masjid ini dan di seluruh Malaysia berkumandang 5 kali sehari. Sayangnya hanya segelintir yang menyahut seruan untuk berjemaah di dalamnya. Usah bercakap tentang perpaduan Islam selagi masjid kosong pada setiap waktu solat 5 kali sehari.

25 October 2009

DR M Kata Papan Tanda Wajah Pemimpin Mencemarkan Kecantikan Alam

Mungkin ini papan tanda yang dimaksudkan oleh Dr M.

Dr Mahathir melabelkan tindakan pemimpin meletakkan gambar mereka pada papan tanda besar sebagai menjelekkan dan mencemarkan kecantikan alam.

Saya pun rasa menyampah melihat pelbagai papan tanda dan kempen yang turut disertakan dengan gambar pemimpin.

Beberapa tahun dahulu, kempen pelancongan tempat-tempat menarik di Malaysia turut menyertakan bersama gambar menterinya dan PM, Pak Lah. Malangnya selepas selepas menteri tersebut tidak lagi dilantik sebagai menteri dan PM juga berubah, papan tanda tersebut hilang dari pandangan. Alangkah membazirnya papan-papan tanda tersebut yang sepatutnya terus tegak berdiri di sepanjang jalan dan lebuh raya jika tiada gambar menteri dan PM pada papan tanda tersebut.

Pastinya banyak lagi papan tanda sebegitu. Malahan amalan sebegini turut diikuti oleh parti politik pembangkang seperti PAS dan Keadilan.


Apakah orang ramai akan menyokong menteri, wakil rakyat atau ahli politik terbabit? Adakah mereka hendak menunjukkan bahawa mereka buat kerja bukan makan gaji buta dan betapa dekatnya mereka dengan PM atau MB?

Kita bukan lagi berada di zaman Mao atau Hitler yang banyak menggunakan gambar mereka sebagai alat propaganda. Zaman Saddam Hussin juga yang sudah berakhir yang turut menggunakan potret dan patung di serata Iraq untuk menunjukkan beliau pemimpin nombor wahid Iraq.


Komen Dr mahathir diharapkan akan membuka mata banyak pihak. Rakyat sebenarnya menyampah. Biarlah artis atau model sahaja yang menggunakan gambar yang sesuai dengan kerjaya mereka.

Memang benar kata Dr M, gambar mereka memang mencemarkan kecantikan alam. Sedarlah orang ramai sudah bijak.


SOUND BITES - WAJAH PEMIMPIN


1. Di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi seluruh negara disalut dengan sepanduk dan papan tanda besar yang menunjuk wajah Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri tertentu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

2. Seorang Menteri pelancongan mempamerkan sepanduk dan papan tanda yang mempunyai gambarnya bersama Perdana Menteri diseluruh negara seolah-olah pelancong akan tertarik melawat Malaysia untuk melihat sepanduk berkenaan.

3. Setelah Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri semua sepanduk dan iklan yang lama telah diturunkan.

4. Saya harap amalan seperti ini tidak diadakan lagi. Jauh daripada mereka yang menaikkan gambar mereka menjadi popular, rakyat sebenarnya jelak dan bosan melihat sepanduk-sepanduk ini mencemarkan kecantikan alam.

5. Saya akan ditegur bahawa di masa saya dulu ada juga sepanduk seperti ini yang dinaikkan oleh Menteri Besar tetapi tidak oleh Menteri Kabinet. Saya akui saya tidak ambil tindakan yang tegas menghentikan amalan ini. Tetapi tidak semua Menteri Besar yang mencuba tunjuk betapa dekatnya mereka dengan Perdana Menteri melalui cara ini.

6. Saya harap Barisan Nasional tidak memulakan semula amalan ini. Ia hanya akan menimbul kebencian kepada mereka.

22 October 2009

Ulasan Mufti Tentang Kejadian Sejadah Berdiri

Mufti larang umat Islam percaya sejadah berdiri, boleh bawa kepada khurafat

ALOR SETAR: Mufti Kedah Datuk Badarudin Ahmad menggesa umat Islam agar tidak percaya dengan kejadian sejadah boleh berdiri kerana ia boleh membawa kepada khurafat.

"Kita tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan saya harap umat Islam sentiasa berpegang kepada ajaran Islam dan tidak mudah membuat andaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebagai mengulas satu lagi kejadian kononnya sejadah berdiri yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan dan Kampung Teluk Yan dekat sini.

Beliau berkata beberapa petugas Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) telah mengambil sejadah itu untuk dibawa pulang ke pejabat ekoran kejadian tersebut yang telah menjadi tumpuan orang-ramai di kawasan berkenaan.

Selepas kejadian sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas Kelantan semalam, kes yang sama berlaku di Surau Al-Rahmaniah Kampung Teluk Yan di sini Rabu dan juga di Tanah Liat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian di Kedah, seorang murid, Noor Zulaika Mohd Rashid, 9, mendakwa ketika dia dalam perjalanan ke kelas Al-Quran di sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di belakang surau tersebut dia ternampak tiga helai sejadah berdiri.

"Saya nampak melalui tingkap surau yang terbuka, ada tiga sejadah yang berada dalam keadaan berdiri tetapi tidak bergerak dan saya terus memberitahu rakan saya," katanya di sini hari ini.

Sementara itu di PULAU PINANG semalam, kejadian serupa berlaku di sebuah surau di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada waktu Asar hari ini, di mana empat helai sejadah yang seakan-akan orang sedang duduk dalam tahiyat dan menghadap ke arah kiblat.

Menurut seorang penduduk, Mohd Khalid Abdul Latif, beliau dimaklumkan oleh kawannya kira-kira pukul 5 petang.

"Apabila saya pergi ke surau itu, saya lihat ada sehelai sejadah di bahagian depan seolah-olah seperti imam dan tiga helai sejadah seperti makmum di saf belakangnya. Apa yang mengejutkan saya, di depan sejadah "imam" itu ada seutas tasbih," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kejadian sejadah berdiri itu merupakan yang kedua di kawasan Bukit Mertajam selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Mohd Amin pada 2 Okt lalu.

Mohd Khalid, yang bekerja di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Kubang Semang di sini berkata kejadian itu memang sesuatu yang luar biasa.

Katanya, kejadian itu menarik perhatian orang ramai yang tidak henti-henti berkunjung ke surau berkenaan untuk melihat sejadah berdiri tersebut.

"Bagaimanapun, sejadah itu dilipat oleh jawatankuasa surau sebelum masuk waktu Maghrib tadi bagi mengelakkan ia menjadi perkara khurafat. Saya sempat merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit," kata Mohd Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) Mukim 5, Sungai Semambu, Siti Noriza Abu Bakar berkata kejadian itu disedari apabila ada orang hendak menunaikan solat Asar di surau berkenaan petang tadi.

"Ada dua orang penduduk kampung pergi ke surau itu untuk bersembahyang dan sebaik mereka memasuki surau itu, mereka ternampak empat sejadah dalam keadaan berdiri. Bagaimanapun, mereka terus sembahyang dan lepas itu baru memaklumkannya kepada orang kampung," katanya.

21 October 2009

Lagi Sejadah Berdiri


Sejadah yang dikatakan seperti sedang
bersolat yang dilaporkan diKg Tok sangkut, Repek, Pasir Mas
pada 15 september 2009 (Gambar Kosmo)


"Kejadian sejadah berdiri membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri", demikian ulasan seorang saksi.

Bagus kesimpulan tersebut....cuma rasa kecewa juga. Rasanya kita lupa tentang kehebatan dan kekuasaan dan keagungan Allah sebenarnya ada di mana-mana jika kita benar-benar melihat dengan mata hati kita.

Lihat sahaja kejadian diri kita sendiri, hidupan dan tumbuhan di sekeliling kita. Malahan melihat kejadian serangga yang paling kecil seperti semutpun, pasti kita rasa kagum dan takjub tanpa perlu kita menunggu dan heboh dengan kejadian yang belum tentu benar atau tidaknya kejadian tersebut. Bimbang nanti akan timbul perkara-perkara yang khurafat.

Sekadar contoh...kejadian tumbuhan seperti di portal ini wajar mengagumkan kita sebagai seorang Islam.
The Miracle In The Seed

Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya.

Gempar 35 sejadah berdiri di surau (Malaysiakini..20 September 2009)

>Warga SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. BERNAMA

Berita terdahulu...Kosmo 15 september 2009

PASIR MAS - Percaya atau tidak, sehelai sejadah bergerak dan berdiri secara tiba-tiba hingga menggemparkan seisi rumah warga emas, Sharifah Nor Syed Agil, 61, di Kampung Tok Sangkut, Repek di sini pagi kelmarin.

Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu ketika berdiri kelihatan seolah-olah seperti seorang lelaki atau wanita yang sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk di antara dua sujud.

Kejadian misteri itu berlaku kira-kira hampir lapan jam sehingga mengundang ramai penduduk kampung ke rumah tersebut untuk menyaksikan keajaiban sejadah itu yang dikatakan berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Namun, kejadian pelik itu berakhir apabila sejadah itu kembali menyembah lantai setelah seorang tetamu yang hadir menyentuhnya meskipun telah dilarang.

Menurut Sharifah Nor, kejadian pelik itu disedari oleh anaknya, Mohd. Faizal Mohd. Zin, 27, yang kebetulan baru saja terjaga daripada tidur di ruang tamu rumah pukul 8.30 pagi ketika dia sedang sibuk membuka kedai runcitnya.

Menyedari sejadah milik ibunya sedang berdiri, perasaan takut mula menyelubungi Mohd. Faizal dan terus memanggil ibunya yang berada di kedai untuk memaklumkan keadaan tersebut.

Wajarkah Had 10 Mata Pelajaran?

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan had pengambilan mata pelajaran kepada 10 subjek sahaja mulai SPM 2011. Ini bermakna mulai tahun depan, pelajar tingkatan 4 hanya akan memilih 10 subjek sahaja.
Subjek teras yang wajib diambil untuk setiap pelajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. Bagi pelajar aliran sains subjek elektif ialah Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Biologi dan EST.

Peraturan ini akan memberi kesan terutamanya kepada pelajaran aliran agama yang turut mengambil mata pelajaran sains. Sebenarnya, ini juga dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan kerajaan yang tidak mahu pelajar aliran agama hanya menumpukan kepada subjek agama semata-mata. Justeru, kerajaan menggalakkan pelajar agama mengambil subjek sains.
Kesan daripada dasar ini, lahirlah doktor, jurutera dan para profesional yang bukan sahaja pakar dalam bidang teknikal ini tetapi turut menjadi hafiz quran dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama. Seimbang dunia dan akhirat.

Apa akan terjadi kepada Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) aliran agama dan Sekolah Imtiaz yang ditubuhkan oleh Kerajaan Terengganu yang menawarkan campuran subjek sains dan agama?

Sekali bah, sekali pantai berubah. Demikian dasar pelajaran kita walaupun parti yang sama memerintah. Perubahan menteri turut sama diikuti dengan perubahan dasar yang agak drastik.

Perhatikan surat pembaca di bawah dan jawapan kementerian. Jawapan yang diberikan agak mengecewakan berbanding rasional yang diadukan oleh pembaca.

Kita tidak mahu dasar seperti PPSMI. Diperkenalkan secara tergesa-gesa dengan pelbagai rasional walaupun ditentang dengan hebat. Kini kembali ke dasar asal dengan rasional yang diberikan oleh golongan yang membangkang dulu.

Sekali bah, sekali pantai berubah. Tetapi ingat salah dasar pelajaran, punah satu generasi.



Maklum balas pihak KPM:



--

18 October 2009

Anak Haram Bertambah... apa akal kita?

Sudah berada di zon kritikal!

Itu laporan yang dilaporkan oleh Harian Metro, 19 oktober 2009. Hari minggu yang tenang pada hari ini tiba-tiba diusik oleh statistik anak haram yang semakin bertambah akibat daripada pergaulan bebas yang saya percaya dan yakin sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Saya juga yakin bukan sahaja muda-mudi terlibat dalam aktiviti seks bebas, muda-mudi yang sudah bergelar ayah, ibu dan datuk juga turut terlibat. Golongan yang terlibat juga melepasi sempadan taraf sosial. Daripada golongan miskin, sederhana, kaya, jutawan, bergelar, pendidikan rendah hingga pendidikan yang paling tinggi, semuanya ada.

Apa dah jadi dengan orang Melayu kita? Kita selalu mendabik dada kita masih punya gaya hidup yang luhur, berbudi bahasa, tinggi akhlaknya dan pastinya kita berbangga kita beragama Islam. Kita katakan kita masih bersopan-santun. Sering kita mencemuh budaya luar yang dianggap telah rosak manakala kita sendiri mendakwa kita masih suci dan kedudukan kita jauh lebih baik daripada mana-mana kelompok manusia di dunia ini. Benarkah dakwaan itu? Kita sahaja yang beranggapan sedemikian. Berita berikut menjadi bukti bahawa kita hanya syok sendiri. Sebagai Melayu yang beragama Islam bukan ini cara hidup kita. Kegagalan kita mengamalkan ajaran Islam itu pada saya menjadi punca utama senario ini berlaku. Kita tahu tapi kita tidak mengamalkan ajaran itu.

Golongan beragama pula, lebih memikirkan ganjaran daripada ceramah tanpa memikirkan pelbagai kaedah untuk mengekang budaya yang sungguh hina ini. Ada antara golongan yang kita sangat bergantung harap ini sanggup memilih tempat dan kadar bayaran ceramah. Di mana majlis agama Islam? Apa yang akan dilakukan oleh mereka?

Parti politik Melayu pula asyik mendakwa bahawa mereka lebih Islam. Mereka asyik menyalahkan antara satu sama lain. Alangkah baiknya jika dakwaan kononnya lebih Islam akan menguntungkan Islam itu sendiri. Masing-masing sepatutnya berlumba hendak melakukan sesuatu yang menunjukkan mereka lebih Islam seperti menjalankan palbagai program dakwah kepada golongan yang sedang hanyut dengan maksiat tidak kira remaja belasan tahun hinggalah 'remaja' puluhan tahun yang sudah bergelar ayah dan atuk tetapi masih bergelumang dengan dosa. Malangnya persaingan mereka hanyalah di sudut siasah sahaja untuk memerintah negara.

Pada pendapat saya semua pihak berperanan tetapi yang berkuasa menentukan dasar, penguatkuasaan dan tugas dakwah ini perlu dilihat lebih menonjol. Apa salahnya jika kempen merokok, kempen kebersihan, kempen pilihan raya dan pelbagai jenis kempen lagi sering berkumandang dan diiklankan di semua media, apa salahnya kempen menyeru orang Melayu kembali kepada Islam seperti kempen ke masjid, kempen solat dan kempen anti pergaulan bebas ini juga diuar-uarkan dalam tv, surat khabar dan papan-papan tanda.

Berita di bawah ini diharapkan menjadi renungan dan tindakan kita bersama sebelum kita sudah terlambat apabila generasi akan datang sebahagian besarnya terdiri daripada anak haram yang tidak berdosa ini. Agaknya apa akibat kepada sistem sosial kita pada masa itu?


Anak haram bercambah

Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my(18 okt 09)


KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.
Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.
“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

17 October 2009

Ni kena tukar..Sesuai dgn Slogan Rakyat didahulukan

Baru sekejap terima e-mel drpd seorang kawan yg menghantar keratan akhbar tawaran istimewa sempena Ramadhan kereta keluaran proton di Arab Saudi.
Harga Persona di Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 di Saudi = SR 33,600

Harga Waja di Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Ini bermakna harga Persona di Saudi = RM 33,934.
Harga Proton Gen2 di Saudi ialah RM 32,256.

Harga Waja di Saudi pula ialah RM 35,673 sahaja.

Jadi, bandingkan dengan harga model-model di atas yang dijual di Malaysia. Sebagai bandingan, harga Waja bukan automatik di Malaysia lebih kurang RM60,000. Ini memberi implikasi, harga waja di Malaysia lebih mahal RM24,000.

Jadi, sesuai dengan slogan 1 malaysia, rakyat didahulukan maka pihak kerajaan perlu memastikan harga model proton di negara ini perlu diturunkan. Malah sewajarnya, harga proton di Malaysia lebih murah daripada harga yang ditawarkan kepada penduduk Arab Saudi. Barulah apa yang diucapkan dikotakan dan bukan retorik semata-mata.


14 October 2009

7 kampung di Padang jadi kubur besar







SEORANG lelaki menyiram air ke atas jenazah dua anggota
keluarganya sebagai simbolik mencuci mayat mereka di Kampung
Lubuk Laweh, Sumatera yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini. – Afp

PADANG 13 Okt. 09-- Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengisytiharkan tujuh buah kampung yang musnah dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini, sebagai sebuah tanah perkuburan besar, selepas mereka menghentikan operasi mencari lebih 200 penduduk yang dipercayai tertimbus.

Keputusan untuk membatalkan operasi mencari di kampung-kampung yang ranap dalam tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, dibuat hasil rundingan dengan masyarakat tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.

Gempa bumi yang turut memusnahkan bandar Padang itu meragut 809 nyawa, menurut angka korban rasmi terbaru. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,100 orang terkorban.

"Persetujuan dicapai bagi menghentikan gerakan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh.

''Penduduk kampung sudah bersetuju dan kawasan tanah runtuh itu kini dianggap sebagai perkuburan bagi mangsa yang tertimbus," kata Uden.

Sejumlah 225 orang dipercayai tertimbus di kampung-kampung yang ditelan bumi itu, menurut jurucakap pejabat daerah Padang Pariaman, Syofrian.

"Sudah tentulah ada sesetengah penduduk yang tidak bersetuju tetapi kebanyakannya akur.

''Justeru, kami menghentikan operasi mencari mangsa kerana sangat sukar untuk menemui mereka yang masih tertimbus," katanya.

Kira-kira 100,000 rumah musnah akibat gempa bumi tersebut dan kira-kira 500,000 penduduk hilang tempat tinggal. - AFP

13 October 2009

Kerajaan Terengganu tawar pakej bulan madu percuma bagi pasangan yang ingin berpisah

KUALA TERENGGANU: Pakej bulan madu kedua secara percuma menanti pasangan yang telah berkahwin di Terengganu namun ia hanya ditawarkan kepada pasangan yang sedang berhadapan dengan masalah penceraian sahaja.

Kerajaan negeri akan menanggung semua kos bagi program berkenaan.

Bagaimanapun, pakej bulan madu itu termasuk sesi kaunseling yang akan dijalankan dalam program berkenaan.

Program tersebut diwujudkan bagi membantu pasangan yang mempunyai masalah mencari jalan penyelesaian dalam rumah tangga mereka dan mengurangkan kadar penceraian yang dicatatkan oleh negeri itu.

"Pakej bulan madu tersebut akan dilancarkan pada akhir tahun sebaik sahaja modul-modul khusus mengenainya diwujudkan. Program ini diwujudkan bagi membantu pasangan suami isteri yang ingin bercerai berbaik semula dan mengekalkan perkahwinan masing-masing," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Ashaari Idris di sini pada Isnin.

Program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Ashaari, kerajaan negeri akan melaksanakan program perintis di mana 25 pasangan akan yang menghadapi masalah dalam perkahwinan akan dipilih untuk menyertai pakej bulan madu berkenaan.

“Bagi program ini kita menawarkan pakej tiga hari dua malam di mana-mana tempat dengan kos di bawah RM1,500 untuk setiap pasangan.

"Setakat ini hasilnya adalah positif," katanya tanpa memberikan butiran mengenai jumlah perkahwinan yang berjaya diselamatkan.

"Bagi pasangan yang berhadapan dengan masalah, khidmat kaunseling akan diberikan. Namun pakej bulan madu kedua ini hanya ditawarkan kepada pasangan yang betul-betul berhadapan dengan masalah dalam perkahwinan dan mereka yang diambang perceraian," katanya.

Ada pasangan yang mempunyai masalah namun perkahwinan mereka dapat kekal sehingga dua puluh, katanya.

"Kami faham jika pasangan yang baru berkahwin mempunyai masalah untuk saling memahami antara satu sama lain. Tapi adalah satu yang pelik bagi pasangan yang telah berkahwin selama dua puluh tahun mahu bercerai, ini satu alasan yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima.

"Dengan pakej ini, kita berharap pasangan yang mempunyai masalah ini akan lebih menghargai perkahwinan mereka sekaligus dapat mengelakkan daripada berlakunya perceraian," katanya.

28 August 2009

Profesor Ismail Salleh kembali ke Rahmatullah



Bekas pensyarah Fakulti Ekonomi UKM , Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal pagi ini. Saya antara ribuan pelajar beliau ketika di UKM pada akhir tahun 80an. Saya mengambil kertas "Dasar-dasar Percukaian". Sememangnya beliau merupakan antara tokoh yang menggubal dasar-dasar percukaian yang kita gunakan sekarang.
Sesungguhnya kita kehilangan seorang manusia istimewa anugerah Illahi. Beliau membuktikan kepada kita bahawa tiada apa yang boleh menghalang seseorang untuk berjaya. Hanya manusia yang malas akan mencari pelbagai alasan. Alfatihah untuk Allahyarham...semoga rohnya dirahmati oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

20 August 2009

H1N1..Cukupkah Tindakan yg diambil?

Ketika ini 67 kematian direkodkan akibat H1N1 di Malaysia. Langkah yang diambil oleh kerajaan sehingga ini ialah menutup premis terutamanya sekolah dan institusi pendidikan selama seminggu apabila warga institusi terbabit disahkan dijangkiti H1N1.
Pelajar atau guru sekolah terlibat akan dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang tempoh penutupan tersebut. Soalnya adakah mereka yang terbabit akan mengikuti sepenuhnya nasihat atau arahan tersebut? Siapa yang akan memantau?
Saya yakin apabila sekolah ditutup, guru mahupun pelajar yang terlibat tidak akan berada di rumah sepanjang masa. Mereka akan ke keluar ke pusat beli belah malahan mungkin juga akan balik ke kampung masing-masing.
Jadi, tidak hairan mengapa pada setiap hari kes jangkitan ini bertambah tanpa mengira lokasi.
Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membendung wabak ini. sepatutnya ramalan WHO yang menyatakan lima juta rakyat kita akan dijangkiti menjadi satu cabaran kepada kita bahawa ramalan itu tidak akan menjadi kenyataan. carilah satu kaedah yang berkesan untuk membuktikan slogan "rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan".

19 July 2009

PPSMI satu kesilapan- Ungku Aziz


Dipetik dari Mingguan Malaysia 19 Julai 2009

PPSMI satu kesilapan

Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains – Ungku Aziz

Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?

UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.

Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.

Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?

Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.

Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.

Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.

Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.

Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?

UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.

Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.

Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.

Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.

Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.

Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.

Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.

Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.

Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.

Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?

UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.

Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?

UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.

Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu.

Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini.

Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew.

Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya?

Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.

Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?

UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?

UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.

Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris.