Rangka dipercayai remaja daripada zaman Mesolitik ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir hasil kerja cari gali yang dijalankan sekali lagi membuktikan Gua Bewah merupakan antara petempatan yang terawal manusia di Malaysia.
Penduduk tempatan memanggilnya gunung tetapi masyarakat luar memanggil dengan nama Gua bewah. Setinggi 578 meter dari paras laut adalah salah satu bukit batu kapur yang kini menjadi pulau batu kapur di Tasik Kenyir yang terletak di dalam kawasan perlindungan Taman Negara. Sebelum gua ini dijadikan sebagai destinasi pelancongan, penduduk tempatan menjalankan aktiviti mencari tahi kelawar untk dijadikan baja.
Selain Gua Bewah terdapat juga Gua Taat dan di bawahnya terdapat Gua Tok Bidan. Namun gua Tok Bidan ini telah ditenggelami oleh air apabila kawasan itu termasuk dalam projek Empangan Kenyir. Kini bukit-bukit batu kapur ini menjadi pulau. Dua buah gua batu kapur yang berusia 270 juta tahun ini sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan pra sejarah.Melalui ekskavasi oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Terengganu pada 1989, Gua Taat merupakan penempatan masyarakat pra-sejarah yang lebih awal berbanding Gua Bewah. Ini dibuktikan melalui artifak-artifak yang ditemui dikatakan berasal dari kebudayaan Hoabinhian iaitu berusia sekitar 10,000 hingga 3,000 Sebelum Masihi (kira-kira 5,000 hingga 12,000 tahun yang lepas).

Penemuan tersebut membuktikan Gua Bewah adalah penempatan manusia neolitik di antara 2,000 hingga 3000 tahun Sebelum Masihi iaitu kira-kira 2,300 hingga 4,000 tahun yang lalu.
Seorang pengkaji sejarah Inggeris R.O.D. None yang bertugas di Muzium Perak pernah mengkaji gua itu sekitar Mei 1956 dan menemui beberapa artifak penting zaman Neolitik termasuk kapak batu, kendi dan mangkuk tanah.
Tarikan lain yang hanya terdapat di Gua Bewah ialah spesies endemik lipas ekor biru dan lumut hijau berkilauan.
Rangka remaja zaman Mesolitik ditemui
Oleh Fadhli Yusri
bhkt@bharian.com.my
AHMAD menunjukkan rangka yang dipercayai kepunyaan manusia prasejarah yang ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir. |
Sampel DNA berusia 8,000 hingga 11,000 tahun di Tasik Kenyir dihantar ke AS untuk dianalisis
KUALA BERANG: Rangka dipercayai remaja daripada zaman Mesolitik ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir hasil kerja cari gali yang dijalankan sekumpulan ahli arkeologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu sejak tiga bulan lalu.
Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata rangka manusia zaman Mesolitik itu dianggar berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun.
"Rangka itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (cm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita sudah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis. Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan," katanya selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini, semalam.
Nik Hasan Shuhaimi berkata penemuan rangka manusia prasejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyir pada 1975.
Beliau yang mengetuai kerja cari gali bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah dan 33 anggota cari gali lain berkata ia adalah penemuan penting sejarah tamadun manusia di Malaysia.
"Rangka itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (cm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita sudah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis. Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan," katanya selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini, semalam.
Nik Hasan Shuhaimi berkata penemuan rangka manusia prasejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyir pada 1975.
Beliau yang mengetuai kerja cari gali bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah dan 33 anggota cari gali lain berkata ia adalah penemuan penting sejarah tamadun manusia di Malaysia.
Selain rangka manusia turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah, katanya.
"Ada serpihan yang tertulis corak seakan-akan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik lain di seluruh Malaysia," katanya. - Berita Minggu
35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik
Pembukaan Tanah Melayu , Sejarah Awal Manusia
Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.
Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ’saudara’ kepada orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment