Kisah 1- 5 Januari 2010
4 sekeluarga dibunuh kejam
![]() |
ORANG ramai mengunjungi rumah empat sekeluarga yang dibunuh di Kampung Bukit Rokan, Gemencheh, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shahjehan Maamin |
TAMPIN 5 Jan. - Empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini petang ini.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pagi ini, mangsa, Atan Daud, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas.
Atan berusia 90 tahun manakala isterinya berumur 80 tahun.
Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76, dalam keadaan tidak berkepala.
Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan.
Siti Khadijah dipercayai tinggal di rumah itu bersama Ismail, ibu dan adik-beradik yang lain.
Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang.
Keesokan harinya, cucu mangsa ditangkap oleh pihak Polis berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Suspek kemudian membawa polis ke sebuah perkuburan di Shah Alam. Kepala Ismail Awang ditanam oleh suspek telah ditemui.
Kisah 2 : 9 Januari 2010
Empat bas musnah terbakar
![]() |
Anggota bomba menyiasat salah satu daripada empat bas yang terbakar dipercayai perbuatan sabotaj pihak tertentu di Stesen Bas, Ipoh, semalam.– MINGGUAN/Roy Azis Abd. Aziz |
IPOH 9 Jan. – Empat bas musnah dalam kebakaran yang berlaku dipercayai angkara perbuatan khianat di Stesen Bas Ipoh berhampiran Medan Kidd di sini awal pagi ini.
Kebakaran pukul 3.44 pagi itu melibatkan tiga bas milik syarikat Reliance Omnibus Company Sdn. Bhd. dan sebuah milik Kinta Omnibus Co. Sdn. Bhd.
Kisah 3: 10 Januari 2010

Anggota Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran 12 buah motosikal di Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai di Pulau Pinang, awal pagi tadi. Menurut seorang penduduk di flat berkenaan berkata terdapat sekumpulan orang bergaduh di kawasan berkenaan sebelum kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, pihak Bomba dan Penyelamat masih menyiasat punca kebakaran. -- foto BERNAMA
No comments:
Post a Comment