10 January 2011

4.5 juta bayi lahir setiap tahun di Indonesia


JAKARTA 10 Jan. – Indonesia mencatat daftar kelahiran sebanyak 4.5 juta bayi setiap tahun yang sekali gus mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan negara ini.

Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu menyamai jumlah penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.

Berdasarkan bancian pada tahun 2010, penduduk negara republik ini mencatat jumlah 237.6 juta orang, meningkat berbanding ramalan sebelum ini.

Pertambahan jumlah ini menambahkan beban buat pemerintah kerana terpaksa menyediakan prasarana untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepada rakyatnya. - Utusan

No comments: