20 June 2011

Kenaikan harga barang

Beberapa hari lepas beberapa orang kawan merungut tentang kenaikan yang tidak dijangka bil letrik masing-masing. Beberapa minggu sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan tarif elektrik. Menurut laporan akhbar seperi biasa si penguasa yang berkuasa menyatakan bahawa kenaikan tersebut tidak membebankan dan masih murah berbanding negara jiran yang lain.

Saya sendiri pun menjangka kenaikan lebih kurang RM5 sahaja. Anggapan itu jauh dari betul apabila kenaikan tu lebih 100 peratus. Bil bulan sebelumnya berjumlah RM98 tapi bil bulan ini naik ke RM247. Mak datuk ini ke kenaikan yang dikatakan tidak membebankan.

Tup tup semalam, wakil rakyat kerajaan bising di Dewan Rakyat mengkritik Astro yang akan menaikkan bayaran langganan mulai julai ini. Peduli apa dengan kenaikan Astro, jika tak mampu potong sahaja. Ingatkan mereka nak kritik TNB. Alahai nampaknya mereka salah sasaran atau sengaja nak alih perhatian.

Kenaikan letrik ini memberikan kesan rantaian kepada kenaikan harga barangan yang lain. Pengeluar roti telah mengumumkan kenaikan terhadap semua produk roti. Khabar angin juga bertiup kencang, harga beras juga akan naik.

Peningkatan tarif letrik diikuti oleh kenaikan semua jenis barang akan memberi kesan berganda kepada isi rumah yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kuasa beli dan upah benar akan jatuh.

Agak pelik juga apabila pihak kerajaan tidak memberi ingatan kepada rakyat tentang perlunya mereka berjimat cermat. secara psikologi masyarakat seolah-olah ekonomi mereka masih selesa kerana tiada isu kenaikan harga barang disebut di dalam media massa. Masyarakat terus berbelanja seperti biasa menyebabkan mereka akan kekeringan wang pada pertengahan bulan atau sejurus selepas mereka mendapat gaji.

Akibat kepada sosial masyarakat seperti bertambahnya ketua keluarga berhutang dengan along. Lebih membimbangkan peningkatan jenayah samun, rompak dan tipu.

No comments: