10 January 2010

Keganasan mewarnai awal tahun 2010

Kisah 1- 5 Januari 2010

4 sekeluarga dibunuh kejam


ORANG ramai mengunjungi rumah empat sekeluarga yang dibunuh di Kampung Bukit Rokan, Gemencheh, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shahjehan Maamin


TAMPIN 5 Jan. - Empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini petang ini.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pagi ini, mangsa, Atan Daud, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat isterinya, Sufiah Keatas.

Atan berusia 90 tahun manakala isterinya berumur 80 tahun.

Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 76, dalam keadaan tidak berkepala.

Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan.

Siti Khadijah dipercayai tinggal di rumah itu bersama Ismail, ibu dan adik-beradik yang lain.

Kejadian itu disedari seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 19, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang.

Keesokan harinya, cucu mangsa ditangkap oleh pihak Polis berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Suspek kemudian membawa polis ke sebuah perkuburan di Shah Alam. Kepala Ismail Awang ditanam oleh suspek telah ditemui.

Kisah 2 : 9 Januari 2010

Empat bas musnah terbakar


Anggota bomba menyiasat salah satu daripada empat bas yang terbakar dipercayai perbuatan sabotaj pihak tertentu di Stesen Bas, Ipoh, semalam.– MINGGUAN/Roy Azis Abd. Aziz


IPOH 9 Jan. – Empat bas musnah dalam kebakaran yang berlaku dipercayai angkara perbuatan khianat di Stesen Bas Ipoh berhampiran Medan Kidd di sini awal pagi ini.

Kebakaran pukul 3.44 pagi itu melibatkan tiga bas milik syarikat Reliance Omnibus Company Sdn. Bhd. dan sebuah milik Kinta Omnibus Co. Sdn. Bhd.






Kisah 3: 10 Januari 2010
Pulau Pinang- 10 Januari 2010
Anggota Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran 12 buah motosikal di Flat Taman Sri Pinang, Jalan Sungai di Pulau Pinang, awal pagi tadi. Menurut seorang penduduk di flat berkenaan berkata terdapat sekumpulan orang bergaduh di kawasan berkenaan sebelum kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, pihak Bomba dan Penyelamat masih menyiasat punca kebakaran. -- foto BERNAMA

09 January 2010

2010 tahun yang kucar-kacir?



Perjalanan seribu batu bermula langkah yang pertama.
Minggu pertama tahun 2010 bermula dengan 2 kejadian yang memberi petunjuk bahawa tahun ini merupakan bukan tahun keamanan bagi negara ini. Antaranya isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan pembunuhan ngeri 4 beranak di Gemenceh Negeri Sembilan. Itu hal keselamatan.

Begitu juga pengumuman kenaikan harga gula dan penarikan subsidi minyak mulai mei ini bukan merupakan berita yang menggembirakan yang pastinya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada ekonomi masyarakat.

Isu penggunaan Kalimah Allah
Pada 31 Disember 2009, Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

The Herald's editor, Lawrence Andrew memegang Bible di luar
mahkamah sebaik sahaja Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan
nama Allah kepada Gereja Katolik pada 31 Disember 2009.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Akibat daripada keputusan mahkamah itu berlaku protes oleh pelbagai badan Islam. Terbukti hujah pihak KDN bahawa kebenaran menggunakan kalimah Allah oleh Kristian boleh menggugat keselamatan negara adalah benar. Kemuncaknya ialah 3 buah gereja dibakar pada 7 januari. Namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Menurut pandangan Dr Asri Zainal Abidin, kejadian tersebut dipercayai mungkin dilakukan oleh 3 pihak iaitu

  • Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
  • Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
  • Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik melalui perundingan antara badan Islam dan gereja. Tolak ansur dalam beragama selama ini wajar dikekalkan. Pertelingkahan antara kaum dan agama di negara luar hingga menimbulkan tragedi berdarah dan perang saudara tidak wajar dibiarkan berlaku di negara ini.

Pihak yang cuba mengambil keuntungan politik daripada isu yang sangat sensitif ini tidak boleh dibenarkan. Tunjuk perasaan tidak wajar dibenarkan. Peranan pihak media perdana terutamanya sangat penting. Liputan dan ulasan yang panas selama seminggu dipercayai menjadi punca tindak balas segelintir individu yang mengambil tindakan yang di luar batasan undang-undang.



Britain alami cuaca bagaikan di kutub


NOTIS memberitahu pemandu kenderaan mengenai keadaan pam diesel yang tidak berfungsi di stesen minyak di St Boswells, Scotland berikutan cuaca terlalu sejuk.

Sekolah ditutup, operasi pengangkutan terjejas

LONDON: Britain dilanda cuaca seperti di Kutub Selatan selepas suhu dilaporkan mencapai keadaan terlalu sejuk pernah dialami ketika musim sejuk ketika ini.

Suhu diukur pada paras negatif 21.6 darjah Celsius di sekitar Tanah Tinggi Scotland pagi kelmarin iaitu hampir negatif 22.9 darjah Celsius, tahap suhu di kawasan kutub.

Ketika laporan cuaca sejuk diterima di hampir semua tempat di Britain, tidak hairanlah ia menyebabkan gangguan perjalanan kenderaan awam termasuk kereta api dan lapangan terbang selain penutupan banyak sekolah.

Ramai pelajar tidak dapat bersekolah seminggu lalu. Lebih 550 sekolah ditutup di Wales. Syarikat besar pula terpaksa mencatu penggunaan gas selepas permintaan naik ke tahap tertinggi.


Imej satelit 7 Januari 2010 menunjukkan seluruh kawasan di Great Britain
diseliputi salji.

Suhu paling sejuk di Britain dicatat di Altnaharra, wilayah Wester Ross, Scotland, lapor Press Association.

Kawasan Manchester dan sebahagian Brecon Beacons di Wales menyaksikan suhu menurun negatif 16 darjah Celsius dengan Glasgow mencatat negatif 8 darjah Celsius, Cardiff negatif 5 darjah Celsius dan London di bawah kosong darjah Celsius.

Sekurang-kurangnya 122 orang terbunuh sebelum sambutan Krismas dalam kejadian dipercayai ada kaitan dengan cuaca sejuk.

Image: A man walks in the cold in Britain
Pemandangan di Barat London.


Di jalan raya, pemandu kenderaan juga menghadapi keadaan lebih sukar untuk ke tempat kerja dan tempat perniagaan.
A postman makes his way through heavy snow despite...

Syarikat EasyJet terpaksa membatalkan 30 penerbangan sehari termasuk Gatwick, Liverpool, Belfast dan Stansted manakala British Airways menasihatkan penumpang memeriksa jadual penerbangan sebelum ke lapangan terbang. - Agensi