Ketika menuntut di U tahun2 akhir 80an dan awal 90an dulu, dah tak terkira ke Melaka terutama di Ayer Keroh, Pulau Besar dan Gunung Ledang sebelah Melaka iaitu melalui Asahan. Malahan, paling tak lupa kembara berjalan kaki dari Ayer Keroh-Selandar-Durian Tunggal melalui kebun-kebun dan kampung serta bandar-bandar kecil. Ketika itu, di Ayer Keroh masih diliputi hutan. Yg ada Hutan Rekreasi dan Mini Malaysia.
Melalui Ayer Keroh beberapa hari lalu, banyak benar perubahan yg dapat dilihat. Nampaknya Ayer Keroh dah jadi pusat pentadbiran bagi Melaka dan kawasan tarikan pelancong banyak yang dibina seperti Zoo Melaka, Taman Buaya dan banyak lagi.
Nak ke hotel penginapan tak sukar sangat. Banyak papan tanda untuk ke pusat bandar dan pusat-pusat pelancongan disediakan dengan jelas. Papan tanda yang diletakkan dengan betul dan mesra pelancong akan memudahkan pelancong untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Saya rasa agak kagum dengan pemimpin Melaka yang kreatif menyediakan pelbagai produk pelancongan. Melaka ibarat Kompleks pelancongan di bawah satu bumbung. memang sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur.
Pelbagai jenis muzium dibina...dari yang berkaitan dengan sejarah Melaka sendiri hinggalah muzium setem pun ada.
Tarikan baru ke Melaka ialah Menara Taming Sari dan Eye of Malaysia yang kebetulan dirasmikan pada hari kedua saya berada di Melaka. Kawasan bersejarah terus di pulihara dan menjadi tarikan utama.
Teringat ketika di Thailand. Kerajaan Thailand terus memulihara kawasan bersejarah yang ada walaupun mereka tidak ada penjajah. Misalnya Landasan Kereta Api Maut di Sg Kwai menjadi tarikan ribuan pelancong dari serata dunia. Tahniah kepada Melaka kerana mengekploitasi dan mengambil kesempatan daripada aset yang ada di depan mata mereka tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Kerajaan negeri lain patut mengikut contoh Melaka. Yang perlu ialah kesanggupan untuk berfikir dan kehendak politik yang kuat bagi memajukan negeri masing-masing. Lihat apa yang berlaku kepada Cherating di Pahang. Dah jadi senyap dan sunyi walaupun gah sebelum Peristiwa 11 september. Sg Lembing di Pahang, Bukit Besi di Dungun, Pulau Bidong di Terengganu atau mana-mana kubu Jepun atau rumah tinggalan Inggeris di mana-mana sahaja seperti di Fraser Hill. Pusat pentadbiran di Kuala Lipis juga boleh menjadi tarikan kepada jika ada kesungguhan.
Keindahan pantai, tasik, hutan dan keunikan yang ada di serata ceruk rantau gagal digunakan sepenuhnya. Lihatlah apa yang terjadi pada tasik Chini. Jika tasik ini berada di Melaka mungkin sebuah muzium lagi akan terbina seperti akan terbinanya Muzium Pulau Besar nanti.
Tahniah kepada pemimpin Melaka.
No comments:
Post a Comment