09 January 2010

Britain alami cuaca bagaikan di kutub


NOTIS memberitahu pemandu kenderaan mengenai keadaan pam diesel yang tidak berfungsi di stesen minyak di St Boswells, Scotland berikutan cuaca terlalu sejuk.

Sekolah ditutup, operasi pengangkutan terjejas

LONDON: Britain dilanda cuaca seperti di Kutub Selatan selepas suhu dilaporkan mencapai keadaan terlalu sejuk pernah dialami ketika musim sejuk ketika ini.

Suhu diukur pada paras negatif 21.6 darjah Celsius di sekitar Tanah Tinggi Scotland pagi kelmarin iaitu hampir negatif 22.9 darjah Celsius, tahap suhu di kawasan kutub.

Ketika laporan cuaca sejuk diterima di hampir semua tempat di Britain, tidak hairanlah ia menyebabkan gangguan perjalanan kenderaan awam termasuk kereta api dan lapangan terbang selain penutupan banyak sekolah.

Ramai pelajar tidak dapat bersekolah seminggu lalu. Lebih 550 sekolah ditutup di Wales. Syarikat besar pula terpaksa mencatu penggunaan gas selepas permintaan naik ke tahap tertinggi.


Imej satelit 7 Januari 2010 menunjukkan seluruh kawasan di Great Britain
diseliputi salji.

Suhu paling sejuk di Britain dicatat di Altnaharra, wilayah Wester Ross, Scotland, lapor Press Association.

Kawasan Manchester dan sebahagian Brecon Beacons di Wales menyaksikan suhu menurun negatif 16 darjah Celsius dengan Glasgow mencatat negatif 8 darjah Celsius, Cardiff negatif 5 darjah Celsius dan London di bawah kosong darjah Celsius.

Sekurang-kurangnya 122 orang terbunuh sebelum sambutan Krismas dalam kejadian dipercayai ada kaitan dengan cuaca sejuk.

Image: A man walks in the cold in Britain
Pemandangan di Barat London.


Di jalan raya, pemandu kenderaan juga menghadapi keadaan lebih sukar untuk ke tempat kerja dan tempat perniagaan.
A postman makes his way through heavy snow despite...

Syarikat EasyJet terpaksa membatalkan 30 penerbangan sehari termasuk Gatwick, Liverpool, Belfast dan Stansted manakala British Airways menasihatkan penumpang memeriksa jadual penerbangan sebelum ke lapangan terbang. - Agensi

No comments: