25 November 2017

Cari arah kiblat

Telah diuji
Tentukan arah kiblat yang tepat menggunakan Augmented Reality (AR)..
Tak perlu download aplikasi.. hanya access guna browser sahaja..

https://qiblafinder.withgoogle.com/

Petua hilang batu karang

Batu Karang:
Subhanallah
Alhamdulillah
Allàh huakbar...

Sedikit perkongsian Ilmu dari kuliah Magrib yg disampaikan oleh Ustaz Dato Zakaria tdi.beliau menceritakan mngenai kisah seorang sahabat nya yg diuji dgn sakit Batu karang.hanya bertahan dgn pengambilan ubat hospital.... lama masanya... sehingga lah suatu hari dipertemukan oleh Allah dgn seorang INDIA semasa keluaq dri hospital selepas diberi tempoh sebelum buat rawatan  tembak Batu karang.... dalam brsembang dgn India tdi,dia bgtau ubat nya mudah saja.klau x hilang u potong tangan saya .iaitu:
ambil daun kekabu yg tua ,rebus Dan minum airnya...
tanpa pengharapan kwn Ustaz tdi mmnbuat sebagaiman yg disyorkan oleh India tdi.
Subhanallah ...mmng keluar Batu karang.
Bila sampai masa ke hospital utk rawatan, doktor pening kerana tiada lagi Batu karang.

Kawan Ustaz ada memesan agar diceritakan petua ini kepada sesiapa yg ditemui..
Moga manfaat kpda sahabat2 lain.
Sumber: cnpWA

11 November 2017

Usik-usik Soalan KBAT

*MURID*: Cikgu. Boleh saya tanya soalan
*CIKGU*: Tanyalah.🙄
*MURID*: Macamana nak simpan gajah dalam almari.
*CIKGU*: Tak tahu.
*MURID*: Senang ja. Buka pintu almari, masukkan gajah.
*CIKGU*:😇
*MURID*: Nak tanya lagi cikgu.
*CIKGU*: Hmm. Tanya lah
*MURID*: Mcmana nak simpan kerbau dalam almari.
*CIKGU*: Oh senang ja. Buka pintu almari, masukkan kerbau.😀
*MURID*: Salah... Kena keluarkan gajah tu dulu.
*CIKGU*: Awak main2 ya.😳
*MURID*: Tak adalah.

*MURID*: Cikgu. Kalau harimau buat birthday party, semua binatang pergi, last sekali siapa yg tinggal.
*CIKGU*: Tinggal harimau lah, sebab dia maksn habis semua binatang2 tu.
*MURID*: Salah. Kerbau, sebab dia masih lagi dalam almari.
*CIKGU*: Ishh... Kamu ni.😤

*MURID*: Soalan last cikgu.
*CIKGU*: Ok.
*MURID*: Mcmana cara nak berenang kat sungai yg banyak buaya.
*CIKGU*: Tak ada cara. Saya kena guna bot.
*MURID*: Salah. Berenang je lah.
*CIKGU*: Kamu nak mati kena makan dgn buaya ka.😳
*MURID*: Tak mati lah. Kan semua binatang pergi bithday party harimau.
*CIKGU*: 😡👃 💨💨

*MURID*: Cikgu2, soalan paling last, ya.
*CIKGU*: Baikla. Ha, apa?
*MURID*: Kenapa bila naik bas ada tempat duduk basah?
*CIKGU*: Ada orang tumpahkan air.
*MURID*: Salah. Sebab..tadi kan berenang kt sungai..
*CIKGU*: @#$&^*👊✊💩😾😤

Just utk hilangkan stress
😂😂😂😂😃😃😃😃

10 November 2017

Khasiat Daun Pandan

*PETUA ORANG KAMPUNG*
Sudah lama "Daun Pandan" dijadikan sebagai bahan herba untuk mengatasi berbagai penyakit.
Berikut ini beberapa resepi pengubatan menggunakan daun pandan.

1. Mengubati kebas-kebas.
Kebas-kebas kaki/tangan adalah penyakit yang umum diderita oleh orang tua.Orang orang kampung zaman dulu saat terserang penyakit ini mereka menggunakan daun pandan untuk mengatasinya.
*Caranya:*
Ambil 3 helai daun pandan segar.Cuci bersih.Kemudian potong-potong menjadi beberapa bahagian.
Panaskan dengan setengah cawan minyak kelapa yang sudah dididihkan sambil diaduk-aduk hingga merata.
Setelah sejuk gunakan sebagai minyak gosok untuk mengurut kawasan yang kebas-kebas itu.

2. Mengubati kejang urat.
Pekerjaan yg berat biasanya akan sering mengalami masalah kejang2 urat.Jika dekat rumah ada tanaman pokok pandan bolehlah digunakan untuk mengubatinya.
*Caranya:*
Sediakan 5 helai daun pandan segar dan 20  daun serai.
Cuci bersih.Kemudian ditumbuk hingga halus.
Tambahkan 1 senduk makan minyak kayu putih dan minyak panas/minyak merah.
Kemudian aduk hingga rata.Gunakan ramuan tersebut untuk menggosok dan mengurut bahagian tubuh yang sakit.

*Mengubati lemah saraf.*
*Caranya:*
Ambil 3 helai daun pandan.Cuci bersih.Kemudian dipotong-potong.
Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja.
Setelah suam bolehlah minum ramuan tersebut 2 kali sehari pd tiap pagi dan petang,masing-masing satu gelas setiap kali minum.

3. Mengatasi gelisah.
Seringkali seseorang terkena masalah serabut otak sehingga merasa gelisah.Biasanya saat malam hari.
*Caranya:*
Ambil 2 helai daun pandan lalu cuci bersih dan hiris tipis.Panaskan dengan segelas air mendidih.
Setelah suam tapis airnya lalu diminum sekaligus.
Buatlah 2 atau tiga kali sehari sampai merasa tenang.

4. Menurunkan tekanan darah tinggi.
Untuk yang menderita hipertensi/tekanan darah tinggi,daun pandan boleh digunakan untuk mengatasinya.
*Caranya:*
Ambil beberapa helai daun pandan,kemudian direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 2 gelas.
Tapis airnya lalu minum ramuan tersebut dua kali sehari pagi dan malam.

5. Menambahkan nafsu makan.
*Caranya:
Ambil 2 helai daun pandan,cuci bersih dan potong kecil-kecil.Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa setengahnya.
Tapis airnya dan minum ramuan tersebut 2 kali sehari.

6. Mengatasi lemah syahwat.
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf,daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki.
*Caranya:*
Ambil 3 helai daun pandan,cuci bersih dan potong kecil-kecil.Rebus dengan 4 gelas air hingga tersisa 2 gelas.
Minum ramuan tersebut dua kali sehari pd setiap pagi dan malam,masing-masing 1 gelas setiap kali minum.Lakukannya secara teratur.

7. Menghitamkan rambut.
Memiliki rambut yang hitam berkilau dan sihat adalah sebuah aset terutamanya bagi wanita.Peribahasa mengatakan rambut adalah mahkota wanita.
*Caranya:*
Ambil 7 helai daun pandan,cuci bersih dan potong-potong kecil.Rebus dengan 1 liter air hingga airnya berwarna hijau.Embunkan air rebusan tadi selama semalaman.
Keesokan harinya campurkan air rebusan daun pandan tersebut dengan perahan air 3 biji buah mengkudu yang sudah masak.Gunakan ramuan tersebut untuk gosok kepala.
Lakukannya 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

8. Menghilangkan kelemumur.
Kelemumur adalah salah 1 penyebab gatal di kulit kepala.Keberadaannya dapat mengganggu kesihatan rambut kerana kulit kepala menjadi tidak sihat.Untuk mengatasinya bolehlah menggunakan daun pandan.
*Caranya:*
Ambil 7 helai daun pandan,Cuci bersih,potong-potong dan haluskan dengan cara diblender.
Tambahkan setengah cawan air bersih lalu diramas-ramaskan.Tapis airnya dan gunakan lah untuk membersihkan rambut dan kulit kepala.Biarkan hingga kering dengan sendirinya.
Lalu bilas dengan air bersih dan cuci seperti biasa.Lakukan secara kerap hingga kelemumur hilang.

*Ianya mampu untuk  merawat badan berbau,anemia,gonorea,sapremia dan sifilis.*
*Caranya:*
Daun pandan direbus atau direndam dengan air panas kemudian diminum.

9. Air rebusan akar pandan dikatakan mampu untuk merawat penyakit kencing manis.*
*Caranya:
Ambil beberapa batang akar pandan.Cuci bersih.Rebus dengan 6 gelas air.Biarkan mendidih sehingga airnya tinggal lebih kurang 3 gelas.
Apabila suam,bolehlah minum pagi segelas,tengahari segelas dan malam (sebelum tidur) segelas.Lakukan selang-selang hari.

10. Baik untuk kesihatan rambut dan kulit kepala serta sakit otot/sendi.*
*Caranya:*
Daun pandan direndam dengan minyak zaitun kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut.

11. Dijadikan ramuan bedak sejuk yang digunakan untuk kesihatan kulit.

12. Dijadikan sebagai pewangi.Daun pandan diletakkan didalam almari,bilik,kereta,peti sejuk dan sebagainya.

13. Digunakan sebagai pencegah serangga.
Daun pandan dimasukkan bersama bahan simpanan seperti bijirin dan kekacang.

14. Daun pandan digunakan dalam istiadat atau upacara tertentu seperti dalam majlis perkahwinan iaitu dipanggil sebagai 'bunga rampai'.

15. Daun pandan juga digunakan untuk mendapatkan bau pandan pada agar-agar,kek,kuih muih,kordial,minuman dan sebagainya.

16. Digunakan juga untuk  menghasilkan warna hijau dalam masakan seperti kek dan kuih muih.

*SELAMAT MENCUBA*

*Si FAKIR bin MISKIN*