30 August 2017

Petua disengat ikan

PETUA TERKENA SENGAT IKAN
Disengat ikan / petua / bahaya lain..

1) PETUA PERTAMA

Sesuatu perkara yg sangat ditakuti semua pemancing, walau bagaimana hebat seseorg itu pasti akan merasai bertapa bisanya pabila disengat ikan.. Pastikan tool box anda memiliki sedikit alat bekalan kecemasan (first aid).. Cukup dengan sekali tusukan duri semilang blh membuatkan anda kelenjar dan terus termenung.. Bayangkan waktu itu anda berada jauh di tengah laut.

Boleh cuba 1 petua orang lama iaitu Hanya simpan 1 botol kecik berisikan cuka didalam tool box pancing anda (cuka makan bukan cuka getah).. Rasanya memang pedih tp bisa ikan akan berkurangan, pedih cuka akan potong rasa bisa sengat.. ia seperti bisa ikan akan jd natural bila kena cuka, tapi kena cepat bertindak.

Mengikut pengalaman Dah banyak kali juga cuka nie berjasa ketika kena sengat dulu, macam-macam jenis ikan seperti ikan depu, pari tuka, semilang masih blh cover la org ckp dan puas dah aku tonyoh kat kaki org yg kena sengat tuka.. org tangkap ketam pakai bento dia pakai pijak salah pijak mendapat 2 tusukan duri pari tuka.

Sengat ikan yg paling padu bisanya adalah ketika air gerak pasang, ia bukan mitos tp benar kerana waktu air gerak pasang adalah waktu ikan agresif dan liar.. Cukup kena ikan duri belalang dah rasa mcm nk pitam.. Otai dpt duri nie patah sengat pakai jari jer, aku pun biasa buat mcm nie tp pernah sekali tu terkucil.. Mables gak rasanya

Tidak kecuali juga ulat bulu laut yg paling ditakuti.. Sebab tu klu nk tukar umpan jgn pegang umpan lama dengan tangan tp buang dgn plyer.. Memang umpan tiada ulat bulu sbb ulat tu dh terlepas masa kite gulung pancing.. Yg tinggal hanya duri ulat bulu kat umpan klu pegang terus masuk jari lepastu duri tu patah dlm sbb sifat duri ulat bulu nie tajam tapi rapuh dh tu mcm duri sengat pari senang masuk susah keluar (kena standby forcep atau sepit angkup).. Jika jari anda kena ulat bulu yg duri patah dlm dia akan membengkak, menanah, bekudis yg mana susah nak baik.. Org asli ckp pakai tepung kanji tp sy belum pernah try so klu kena blh jumpa tok batin..
Bnyk lagi bahaya di laut cuma pengalaman dan pemahaman sera logik akal anda utk mengatasinya.. Jgn kena sengat awak kencingkan pula tempat yg kena sengat tu.. Kesian member klu kena sengat kat bahu nak kencing tak sampai dh kena suruh member yg kencingkan, org yg tgk pun tumpang rasa bisanya 😩 .. Tu baru betul maksud kena kencing ngan member..

Klu dh kat darat blh jumpa dokter utk rawatan lanjut.. Ini cuma salah 1 petua yg mana tiada dulu tiada sekarang.. Lain padang lain belalang, lain tempat lain cara penawarnya..

2) PETUA KEDUA

BILA ANDA DISENGAT....IKAN
Hampir semua ikan kat laut ada sengat. antara kita tau atau tak je. cuma biasanya kita tak tau dia ada sengat sebab sengat dia tak bisa sangat. kadang2 mungkin cuma jadi gatal2 sikit2 je.

Ni antara ikan2 yang biasa kita jumpa yang bersengat dan sengat dia sangat bisa. mungkin nama ikan yang saya sebut ni berlainan namanya dia tempat lain.
1. ikan pari
2. ikan tuka
3. ikan lepu/depu
4. ikan usat
5. ikan sembilang
6. ikan duri
7. ikan kitang

Setakat ni, ni je ikan2 yang saya teringat. kalau kawan2 tau spesis2 yang lain, boleh share.Ok.

Kalau kena sengat, apa nak buat?
Sebaik2nya, pegilah klinik atau hospital cari ubat yang sesuai.

Tapi kalau masa kena tu kat dalam bot atau rakit atau kelong atau mungkin di tepi sungai, yang mana nak pergi hospital susah, ni ada beberapa petua yang boleh saya kongsi.

1) buangkan sengat yang ada kalau ada cebisan dia masih terlekat pada tubuh anda.

2) ambik ais dan tuam tempat yang kena sengat.

3) letak biji asam jawa yang dah dipecahkan (kalau ada) pada tempat kena sengat

4) kunyah pucuk daun jemuju (kalau boleh didapati) dan tempel kat tempat kena sengat. tapi daun tu sangat pahit.

5) kalau kena sengat lepu, basuh kawasan yang kena tu dengan air tawar. pastu lap smpi btul2 kering. kalau boleh jangan kena air masin balik. pastu bungkus ais dalam plastik dan tuam kawasan tu.

6) kalau kena sengat kitang, lumurkan tempat kena tu dengan dakwat sotong dan biarkan smpi kering.

7) sengat tuka atau pari paling berbisa. memang kena pegi klinik. cumanya kalau kena kat kawasan pinggang kebawah, tak payah tergopoh gapah pegi klinik. tenang2 je. tapi kalau kena kat kawasan pinggang ke atas, serta merta kena pegi klinik. jangan tunggu2. tak kira kat mane anda berada, larilah pegi klinik.

Apa pun, sengat ikan ni bukan satu perkara yang boleh di perlekehkan. Seboleh2nya, elakkan. Berhati2 mengandalikan hasil tangkapan anda. Jangan sampai trip memancing yang sepatutnya meneronokkan, menjadi mimpi ngeri sampai tobat nak mancing.

.. SAFETY FIRST ..
..selamat memancing..
LIKE & SHARE
Gambar & VIDEO kongsi Dari FB
#AbahKau

Untuk dapatkan perkembangan terkini dan tempahan trip memancing bersama bot Cahaya Damia Laut Dalam Wow milik Ramli Isa

Sila Layari

Laman Rasmi Instagram:
https://www.instagram.com/cahayadamiawow/

Laman Rasmi Youtube:
https://www.youtube.com/channel/UC0Q7t34pJW1_sILajdtRrtA

Laman Rasmi Facebook:
https://www.facebook.com/CahayaDamiaWow/

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Cahaya Damia trip memancing ikan di Perairan Kuantan dan Kemaman boleh hubungi terus no berikut:
No HP Pok Li ( Ramli Isa ) yang Terkini
+6011-16576915
+6011-21968482
+6011-25529961 - Kak Zaleha Selemis (Isteri Pok Li)
- untuk pertanyaan dan semakan tempahan Bot Cahaya Damia Laut Dalam Wow bila Pok Li keluar ke laut
Elok telefon boleh bincang detail pasal harga pakej

29 August 2017

100 PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA DALAM ALQUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI

*100 PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA DALAM ALQUR'AN UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI :*

1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan arogan (QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus (QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua (QS 17 – Al Israa’ : 23)*

*11. Jangan memasuki kamar pribadi orang tua tanpa ijin (QS 24 – An Nuur : 58)*

*12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282)*

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170)*

*14. Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesulitan (QS 2 – Al Baqarah : 280)*

*15. Jangan makan riba’/membungakan uang (QS 2 – Al Baqarah : 1*

*16. Jangan melakukan penyuapan (QS 2 – Al Baqarah : 188)*

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji (QS 2  Al Baqarah : 177)*

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu (QS 2 – Al Baqarah : 283)*

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan (QS 2 – Al Baqarah : 42)*

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang (QS 4 – An Nisaa’ : 58)*

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas (QS 4 – An Nisaa’ : 135)*

*22. Harta yang meninggal harus dibagikan kepada anggota keluarga (QS 4 – An Nisaa’ : 7)*

*23. Wanita memiliki hak waris (QS 4 – An Nisaa’ : 7)*

*24. Jangan memakan harta para anak yatim (QS 4 – An Nisaa’ : 10)*

*25. Lindungi anak yatim (QS 2 – Al Baqarah : 220)*

*26. Jangan memboroskan harta dengan semena-mena (QS 4 – An Nisaa’ : 29)*

*27. Damaikanlah orang yang berselisih (QS 49 – Al Hujuraat : 9)*

*28. Hindari prasangka buruk (QS 49 – Al Hujuraat : 12)*

*29. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 2 – Al Baqarah : 283)*

*30. Jangan memata-matai atau memfitnah orang (QS 49 – Al Hujuraat : 12)*

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial (QS 57 – Al Hadid : 7)*

*32. Biasakan memberi makan orang miskin (QS 107 – Al Maa’uun : 3)*

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah (QS 2 – Al Baqarah : 273)*

*34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah (QS 17 – Al Israa’ : 29)*

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu (QS 2 – Al Baqarah : 264)*

*36. Hormatilah tamu anda (QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)*

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri (QS 2 – Al Baqarah : 44)*

*38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi (QS 2 – Al Baqarah : 60)*

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid (QS 2 – Al Baqarah : 114)*

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu (QS 2 – Al Baqarah : 190)*

*41. Jagalah etika perang (QS 2 – Al Baqarah : 191)*

*42. Jangan lari dari peperangan (QS 8 – Al Anfaal : 15)*

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam) (QS 2 – Al Baqarah : 256)*

*44. Berimanlah kepada para Nabi (QS 2 – Al Baqarah : 285)*

*45. Jangan melakukan hubungan badan saat haid (QS 2 – Al Baqarah : 222)*

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh (QS 2 – Al Baqarah : 233)*

*47. Jauhilah hubungan badan diluar nikah (QS 17 – Al Israa’ : 32)*

*48.Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya (QS 2 – Al Baqarah : 247)*

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya (QS 2 – Al Baqarah : 286)*

*50. Jangan mau dipecah belah (QS 3 – Ali Imran : 103)*

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini (QS 3 – Ali Imran 3 :191)*

*52. Lelaki maupun wanita mendapat imbalan yang sama sesuai perbuatannya (QS 3 – Ali Imran : 195)*

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu (QS 4 – An Nisaa’ : 23)*

*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang laki-laki (QS 4 – An Nisaa’ : 34)*

*55. Jangan pelit (QS 4 – An Nisaa’ : 37)*

*56. Jangan iri hati (QS 4 – An Nisaa’ : 54)*

*57. Jangan saling membunuh (QS 4 – An Nisaa’ : 92)*

*58. Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan (QS 4 – An Nisaa’ : 105)*

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan (QS 5 – Al Maa-idah : 2)*

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran (QS 5 – Al Maa-idah : 2)*

*61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran (QS 6 – Al An’aam : 116)*

*62. Berlaku adil (QS 5 – Al Maa-idah:8)*

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan (QS 5 – Al Maa-idah : 38)*

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum (QS 5 – Al Maa-idah : 63)*

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi (QS 5 – Al Maa-idah : 3)*

*66. Hindari minum racun dan alkohol (QS 5 – Al Maa-idah : 90)*

*67. Jangan berjudi (QS 5 – Al Maa-idah : 90)*

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain (QS 6 – Al An’aam : 108)*

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu (QS 6 – Al An’aam : 152)*

*70. Makan dan minumlah secukupnya (QS 7 – Al A’raaf : 31)*

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus saat shalat (QS 7 – Al A’raaf : 31)*

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan (QS 9 – At Taubah:6)*

*73. Jagalah kemurnian (QS 9 – At Taubah : 108)*

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah (QS 12 – Yusuf : 87)*

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa karena ketidak-tahuan (QS 16 – An Nahl : 119)*

*76. Berseru kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana (QS 16 – An Nahl : 125)*

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain (QS 17 – Al Israa’ : 15)*

*78. Jangan membunuh anak-anakmu karena takut akan kemiskinan (QS 17 – Al Israa’ : 31)*

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengtahuan tentangnya (QS 17 – Al Israa’ : 36)*

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat (QS 23 – Al Mu’minuun : 3)*

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa ijin pemilik rumah (QS 24 – An Nuur : 27)*

*82. Allah menjamin imbalan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah (QS 24 – An Nuur : 55)*

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati (QS 25 – Al Furqaan : 63)*

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan (QS 28 – Al Qashash : 77)*

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah (QS 28 – Al Qashash:88)*

*86. Jangan terlibat dalam homosexualitas (QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)*

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar (QS 31 - Luqman : 17)*

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong (QS 31 - Luqman : 18)*

*89. Wanita dilarang memamerkan diri (QS 33 – Al Ahzab : 33)*

*90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita (QS 39 – Az Zumar : 53)*

*91. Jangan berputus asa akan ampunan Allah (QS 39 – Az Zumar : 53)*

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan (QS 41 – Fushshilat : 34)*

*93. Selesaikan pesoalan dengan bermusyawarah (QS 42 – Asy Syuura : 38)*

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa (QS 49 – Al Hujuraat : 13)*

*95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam) (QS 57 – Al Hadid : 27)*

*96. Allah akan meninggikan derajat mereka yang berilmu (QS 58 – Al Mujaadilah : 11)*

*97. Perlakukan non-Muslim dengan baik dan adil (QS 60 - Al Mumtahanah : 8)*

*98. Hindari diri dari kekikiran (QS 64 – At Taghaabun : 16)*

*99. Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS 73 – Al Muzzammil : 20)*

*100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta (QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)*

*Shadaqallahul adzim, Maha Benar Allah dengan segala FirmanNya*

10 August 2017

Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.