24 March 2017

Berkira biar bertempat


" Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la," kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.

" Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun," jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.

Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.

*****

" Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni," kata Leman kepada cashier di butik Polo.

Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.

Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. 'Pitih dio liun-liun doh,' kata ore Kelate.

Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.

Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.

Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,

" Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh."

Takkan kaya kau simpan rm1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat.

Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.

Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.

Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? Fikirlah sendiri. Fikir dalam-dalam.

Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka. Marilah kita membudayakan amalan sedekah.

Sumber: viralwhatsap

22 March 2017

Jangan Bangga dan Jangan Berlagak

01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita ialah TANAH
02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita ialah KUBUR
03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita ialah KAIN KAPAN
04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir ialah KERANDA
05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita ialah KAPUR BARUS

Selagi masih bernafas, pintu taubat terbuka luas.
Allah maha pemurah lagi mengasihani.

20 March 2017

Dua Perkara yang Paling Menghinakan

Antara dua perkara yang paling menghinakan
1. Seorang lelaki yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid tetapi jenazahnya disembahyangkan di masjid.
2. Seorang perempuan yang tidak pernah menutup aurat hingga ke akhir hayatnya tetapi jenazahnya ditutup aurat dengan kain kafan.