23 September 2008

Oh Cherating, ...berulang Tragedi Sg Lembing

Tanya mana-mana rakyat Malaysia, siapa yg tak kenal Cherating, sebuah pusat peranginan tersohor di Pantai Timur. Deretan hotel berbintang dan tak berbintang.
Teringat kemeriahan Cherating yg diabadikan dalam salah satu filem Senario. Siang dan malam sentiasa meriah dgn pelbagai aktiviti. Jika melalui mana-mana ceruk di Pantai Cherating pasti kita akan rasa seolah-olah bukan berada di perkampungan Melayu tetapi kelihatan mundar mandir mat salleh dan minah salleh. Berjemur di pantai atau bersembang-sembang sesama mereka. Itu cerita dulu-dulu. Dah jadi sejarah.
Selepas peristiwa 11 september, Cherating bagai dilanggar garuda. Setelah lama tak menjejakkan kaki di Cherating pada waktu malam, teringin pulak nak mengetahui apa dah jadi dgn Cherating.
Ibarat bumi dgn langit antara dulu dan sekarang. Cherating yg dulu meriah pada waktu malam hingga ke tengah malam. Tetapi jam baru pukul 9 malam, mengapa senyap sunyi. Apa dah jadi?
Mana mat-mat salleh dan minah salleh?. Mana gerai-gerai di sepanjang jalan?
Terasa juga nak ke restoren yg menghadap di tepi pantai. Masyaallah dah roboh menyembah bumi.
Adakah ini angkara september 11? Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menarik semula kedatangan pelancong di Cherating. Keindahan Cherating tetap sama. Jika tak masakan Club Med terus bertapak di sini. Begitu juga Legend, Impiana dan Suria. Chalet-chalet kecil banyak yang dah ditutup. Bermakna tertutuplah juga periuk nasi penduduk tempatan yang turut merasa limpahan kemasyhuran Cherating.
Khabarnya hotel-hotel di sini banyak bergantung kepada penganjuran kursus-kursus oleh kerajaan dari seluruh Malaysia. Hotel dah jadi pusat latihan kaki tangan kerajaan. Andai mengharapkan kedatangan pelancong asing, bungkuslah hotel-hotel tersebut.
Pihak Kerajaan Pahang patut jadikan usaha memasyhurkan semula Cherating sebagai tumpuan utama pelancong asing. Cherating ada segala-gala yang dikehendaki oleh pelancong. Produk yang baik tetapi tidak dipasarkan dengan baik pasti tidak akan laku.
Ketika mengunjungi kemeriahan Pantai Chenang di Langkawi teringat akan kehebatan Cherating pada tahun 90an dulu. Sepatutnya kini Cherating boleh menjadi sehebat Pattaya di Thailand jika pun tidak dapat menandingi Phuket.
Nampaknya nanti akan terbina pula Muzium Kenangan Pelancongan Cherating setelah terbinanya Muzium Sg lembing bagi mengingati kemasyhuran Sg Lembing pada tahun-tahun 70an.
Pihak kerajaan patut belajar daripada Kerajaan Thailand yang berhempas pulas mempromosikan Phuket setelah dilanda Tsunami. Kini, Phuket kembali gemilang.
Jika ada usaha yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur daripada pihak-pihak berkenaan, Cherating pasti akan kembali gemilang.