Negara makin makin maju dengan perkembangan pesat dalam pelbagai bidang. Bilangan Universiti bertambah dah tak terkira. Semua negeri dah ada menara gading . Malahan ada negeri yang ada lebih daripada satu. Itu perkembangan ilmu yang menandakan anak-anak kita makin pandai dan bijak.
Pembangunan fizikal tak usah ceritalah. Kampung-kampung dah bertukar menjadi pekan dan bandar. Jalan raya, letrik dan air bukan lagi isu yang besar. Gaya hidup juga berubah selaras dengan perkembangan ekonomi. Keperluan memenuhi gaya hidup makin bertambah. Semua nak kaya untuk memenuhi keperluan.
Akhirnya, walaupun maju dalam ilmu pengetahuan dan hebat dengan pembangunan fizikal tetapi malangnya kita semakin hilang kemanusiaan. Jenayah yang tak pernah dilihat dulu kini dah jadi santapan mata setiap hari di tv dan akhbar. Bunuh, rompak, rogol dan macam-macam lagi dah berleluasa. Lebih dahsyat kanak-kanak semuda usia 8 tahun menjadi mangsa rogol dan bunuh. Oh, apa dah jadi kepada warga kita.
Selamatkah kita? Anak-anak kita dah tak boleh lagi main pondok-pondok dengan kawan-kawan seusia atau bermain sorok-sorok tanpa pengawasan mak ayah. Kesian anak-anak era perkampungan global dan teknologi canggih. Tak mustahil nanti, anak-anak kita dipasang dengan cip untuk memudahkan anak-anak dikesan dengan bantuan satelit bila diculik atau dipasang kamera tersembunyi untuk mengelakkan angkara "binatang" dalam kalangan masyarakat kita.
Boleh ke kita nak menyangkal lagi tohmahan pemimpin seberang tambak yang pernah menyatakan Malaysia tidak selamat?

Kita Juga Tak Jujur
Kita juga dah hilang nilai-nilai timur yang kita agungkan. Nilai sekecil kejujuran juga hilang. Lihat saja laporan Reader Digest bulan ogos. Dari aspek kejujuran kita berada ditangga terakhir bersama dengan Hong Kong bila sebilangan telefon bimbit ditinggalkan untuk melihat berapa banyak telefon tersebut dikembalikan atau yang menjumpai telefon itu berusaha untuk mencari tuan punya. Hanya 43 peratus sahaja telefon dikembalikan.
Bandingkan dengan Toronto (93%), Sao Paolo (70%), Singapore (53%), Mumbai (80%), Slovenia (97%), New York (80%), Bangkok (70%), Manila (80%) dan lain-lain pun semua kita kalah. Kita hanya seri dengan Hong Kong. Dulu Reader Digest nobatkan kita sebagai bangsa yang tak berapa nak tolong orang yang dalam kesusahan. Oh, kini kita bangsa yang paling tak jujur pula. Mengapa rakyat negara Slovania yang lebih miskin daripada negara kita sanggup berusaha memulangkan telefon bimbit yang ditinggalkan. Malu kita bila dilaporkan seorang pengawal keselamatan di KL cepat-cepat menutup suis telefon bila telefon yang sengaja ditinggalkan berhampiran dengannya.
Malu tak terkata rasanya. Apa lagi alasan kita?