05 September 2018

Pengurusan Kewangan 5 tahun pertama bekerja

Apa boleh anda lakukan dan yang perlu anda elakkan dalam 5 tahun pertama bekerjaya untuk bina kekayaan….

Kegagalan mengurus aliran tunai dengan betul merupakan antara faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kegagalan seseorang membina kewangan kukuh dan mengumpul aset untuk membina kekayaan.

Lima tahun pertama bekerja sebenarnya amat kritikal dalam pengurusan kewangan. Jika ia diurus dengan betul, kemungkinan untuk memiliki kedudukan kewangan yang kukuh lebih cerah, bagaimanapun jika tempoh itu diisi dengan hutang, maka jalan ke hadapan mungkin lebih sukar.

Biasanya kegagalan mengurus kewangan berkait rapat dengan masalah hutang, terutamanya disebabkan kad kredit, pinjaman peribadi dan kereta hingga menyebabkan seseorang itu gagal melabur.

Sebagai contoh, anak muda yang baru bekerja lebih gemar membeli kereta luar negara kerana prestij dan gaya, walaupun pembelian berkenaan menyebabkan aliran tunai mereka menjadi sempit dan habis begitu sahaja.

Ramai terlepas pandang bahawa apabila membeli kereta bukan hanya keupayaan membuat bayaran bulanan yang perlu difikirkan, tetapi juga bayaran lain seperti insurans dan cukai jalan, minyak, kos penyelenggaraan, kos kecemasan jika kemalangan dan pelbagai kos lain yang mungkin timbul akibat pembelian kereta berkenaan.

Katakan gaji kasar yang diterima ialah RM3,000 sebulan, dan komiment bulanan untuk kenderaan sahaja sudah mencapai antara RM900 hingga RM1,000, sudah pasti pengurusan aliran tunai seseorang itu sudah tidak stabil.

Selepas ditolak KWSP dan SOCSO, kemungkinan besar gaji bersih yang diterima ialah RM2,500 dan selepas ditolak bayaran ansuran kenderaan sebanyak RM900, gaji yang berbaki ialah RM1,600.

Baki RM1,600 ini mungkin kelihatan besar, tetapi masukkan pula sewa untuk rumah, duit untuk ibubapa, minyak kereta, keperluan sara hidup, hiburan dan pelbagai perkara lain, berapa agaknya yang tinggal untuk dilaburkan?

Tidak dapat tidak, individu ini akhirnya menjadikan pelaburan sebagai pilihan terakhir dalam urusan pengurusan wang mereka, dan mungkin hanya akan melabur apabila ada lebihan.

Amat malang sekali kerana gaya hidup seperti inilah yang sering berlaku kebelakangan ini, menyebabkan ramai anak muda muflis sedangkan mereka baru mula membina kehidupan.

Jika seseorang itu mempunyai terlalu banyak hutang, aliran tunainya tidak akan stabil dan ini menyebabkan dia tidak mempunyai lebihan untuk melabur, dan mungkin terpaksa mengikat perut untuk membiayai kos sara hidup.

Perlu diingat, hutang yang gagal dibayar pula akan terus berkembang berikutan penalti yang dikenakan pemberi pinjaman.

Justeru, dalam lima tahun pertama bekerjaya elakkan daripada membina hutang, sebaliknya tumpukan kepada usaha untuk membina tabungan dengan melabur.

Sekiranya anda belum berumahtangga dan tidak mempunyai banyak komitmen, tetapkanlah 5-10 peratus daripada gaji untuk melabur. Katakan gaji yang diterima ialah RM3,000, melaburlah antara RM150-RM300 setiap bulan.

Jika melabur RM300 setiap bulan dan menerima pulangan purata tahunan 7%, jumlah pelaburan yang boleh dikumpul ialah RM21,477. Banyak bukan?

Jumlah yang terkumpul itu boleh digunakan untuk membiayai majlis perkahwinan, membayar deposit rumah atau kereta dan sebagainya.

Jika ada kemampuan, teruskan pelaburan berkenaan selagi mampu, atau lebih baik tambahkannya setiap kali gaji meningkat.

Tidak salah untuk meminjam, malahan ada yang menggunakan kaedah meminjam untuk melabur untuk mengambil kesempatan daripada pengiraan pulangan pelaburan berdasarkan pelaburan sekaligus, berbanding pelaburan bulanan.

Namun jika mengambil pinjaman di luar kemampuan, ia pastinya menjerat diri sendiri hingga menyebabkan kita berasa tertekan dengan kehidupan.

Apapun, perkara paling penting untuk dititik beratkan apabila membuat pinjaman ialan keupayaan untuk membayar ansuran bulanan dan pada masa yang sama kita tetap mempunyai wang lebihan untuk melabur.

Ini kerana pelaburan dan pinjaman yang diseimbangkan menerusi kaedah pengurusan aliran tunai yang berkesan, akan membolehkan kita mencapai kemerdekaan kewangan untuk kehidupan yang selesa, bukan saja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga.

14 March 2018

Persiapan ke Alam.yang Kekal

"Persiapan menjelang kematian" bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada 11/3/2018 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam.

Penyesalan tiada berguna dalam 3 keadaan: ketika mana melihat datangnya Malaikat maut, bila roh sampai di halkum dan ketika mana jenazah kita diturunkan di liang lahad.

Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?
1. Perbanyak membaca al Quran
2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.
3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.
4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.
5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.
6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.
7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.
8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.
9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.
10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.
11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.
12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.
13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.
14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W
"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

Amalan bagi orang sakit:
1. Melazimi zikir 40x
لا اله الا انت سبحا نك إني كنت من الضالمين

2. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
3. Perbanyakkan membaca surah al Ikhlas. Sesiapa yang membaca surah ini hingga kematiannya, tidak akan mendapat fitnah kubur dan diamankan dari himpitan kubur dan dipermudahkan melintasi titian sirat menuju syurga.
4. Lazimi membaca al Hauqalah, akan termasuk dalam kalangan umat Muhammadiyyah yang tidak dihisab dan tidak diazab.
لا اله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العضيم.

5. Membaca zikir2 yang warid daripada Nabi S.A.W.
6. Sentiasa berafa dalam emwudu' dan bersugi serta memakai bau-bauan.
7. Hadapkan muka ke arah kiblat semasa berzikir, membaca Qur'an sbgnya.

Amalan ketika menziarah orang sakit:
1. Mendoakan keselamatan keoada pesakit.
2. Sentiasa pastikan pesakit berada dalam keadaan wudu'... "Janganlah engkau tidur melainkan dalam keadaan berwudu' kerana roh akan dibangkitkan seperti pada saat ia dicabut."
3. Bacalah surah Yaasin di samping orang sakit/nazak.
4. Bacalah surah al-Ra'du di samping orang sakit/nazak.
5. Ucap kalimah syahadah berulang kali di telinga orang yang sedang nazak.
لا إله إلا الله محمد رسول الله

6. Ketika menutup mata seseorang yang baru meninggal dunia, bacalah;
بسم الله وعلى ملة رسول الله

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala sentiasa mebaungi kita!